Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , » MANGSA PERTAMA MERCUN 2011
| 0 comments ]
Share

PADAH...Nasrudin kehilangan tiga jari tangan kiri akibat bermain mercun bola.
MANGSA PERTAMA MERCUN 2011.PADAH...Nasrudin kehilangan tiga jari tangan kiri akibat bermain mercun bola.Tindakan seorang remaja menyalakan mercun bola ketika membonceng motosikal membawa padah, apabila tiga jari tangan kirinya hancur dan cedera di muka selepas mercun itu meletup sebelum sempat dilempar dalam kejadian di Kampung Dewan Beta, dekat sini, malam kelmarin.Akibat kejadian itu, Nasrudin Mohd Nazli, 19, dipercayai menjadi mangsa pertama mercun yang cedera parah di negara ini dan kini terpaksa ‘berpuasa’ di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini.

Menurut Nasrudin, kejadian berlaku kira-kira jam 10 malam ketika dia dalam perjalanan membonceng motosikal rakannya berjumpa beberapa rakan di kampung berkenaan untuk bermain mercun.
“Dalam perjalanan, saya menyalakan mercun bola tetapi tidak sempat melemparnya menyebabkan ia meletup di tangan kiri dan serpihan mercun turut terkena muka.

“Dalam keadaan tangan dan muka berlumuran darah, rakan yang menunggang motosikal bersama saya menghantar saya ke Klinik Kesihatan Lundang Paku, bagi mendapat rawatan lanjut sebelum dirujuk ke HRPZ II. Rakan saya itu turut terkena serpihan mercun, tetapi hanya cedera sedikit,” katanya ketika ditemui di wad HRPZII, semalam.

Nasrudin berkata, mercun bola itu dibeli di Rantau Panjang beberapa hari lalu dan merancang bermain mercun itu malam kelmarin di sekitar kampung.
Katanya, sebelum ini dia mendakwa tidak pernah menyalakan mercun ketika membonceng motosikal dan mengakui melakukan kesilapan.

P/S : Tak payah la main mercun. Tu bukan budaya kita sebagai orang melayu.

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics