Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , » 18,017 PELAJAR IPT KELANTAN TERIMA WANG EHSAN
| 0 comments ]
Share

Seramai 18,017 pelajar dari Kelantan yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) dalam negara menerima bantuan wang ehsan berjumlah RM6.2 juta tahun ini.Pengerusi Pengagihan Wang Ehsan Kelantan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, penuntut di peringkat ijazah menerima RM800, diploma RM500 dan matrikulasi RM300.
"Bantuan itu bagi meringankan beban ibu bapa untuk membiayai perbelanjaan anak di IPT awam dan swasta," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan itu di peringkat Jajahan Bachok hari ini.
Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan bantuan kepada 471 pelajar dari pelbagai lapisan masyarakat, terutama golongan petani dan nelayan.
Dr Awang, yang juga Timbalan Menteri Kewangan, berkata, mereka yang layak boleh mendaftar menerusi Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) kawasan masing-masing untuk mendapatkan bantuan wang ehsan.

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics