Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » » FELDA UNITED, PERAK DAN KELANTAN MARA
| 0 comments ]
Share

Tiga pasukan, Perak, Felda United dan Kelantan menjadi pasukan awal mara ke peringat suku akhir perlawanan Piala Malaysia musim ini.Peneraju kumpulan A, Perak yang mengumpul 13 mata selepas lima perlawanan, menewaskan Johor 2-1 di Stadium Larkin, Johor malam ini.
Felda United yang mengumpul 10 mata dalam kumpulan C turut menempah tiket awal ke suku akhir walupun kalah tipis 0-1 kepada Sarawak di Stadium Negeri, Kuching.
Gol tunggal Sarawak dijaringkan oleh Bobby Gonzales pada minit ke-17.
Juara bertahan Piala Malaysia, Kelantan turut melangkah ke suku akhir walaupun seri 1-1 kepada Johor FC pada aksi di Stadium Pasir Gudang.
Gol Johor FC dijaringkan oleh Mohd Akmal Mohd Noor pada minit kedua, manakala gol Kelantan pula disumbangkan oleh Mohd Azamuddin Mohd Akil (minit ke-7).
Sementara itu, bekas juara Kedah yang turut beraksi dalam kumpulan A menarik nafas lega apabila berjaya menewaskan Sabah 1-0 di Stadium Darulaman, Alor Setar.
Gol tunggal Kedah dijaringkan oleh Mohd Khyril Muhymeen pada minit ke-44, dan dengan kemenangan tersebut, Kedah mempunyai satu lagi peluang untuk memburu tempat ke suku akhir.
T-Team yang beraksi dalam kumpulan D mendapat bekalan selesa ke perlawanan suku akhir walaupun hanya mencatat keputusan seri 1-1 kepada Kuala Lumpur di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
Dalam satu lagi saingan kumpulan D, Selangor menghidupkan peluang merebut tempat ke suku akhir apabila menewaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) 4-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
Empat gol Selangor disumbangkan oleh ketua pasukan Amri Yahyah pada minit ke-31, Safiq Rahim (minit ke-44), Amirulhadi Zainal (minit ke-71) dan Rudie Ramli (minit ke-89).
Gol saguhati PDRM dijaringkan oleh Fauzi Abd Majid pada minit ke-62 untuk gol tunggal PDRM.
Di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Terengganu berjaya menewaskan Selangor PKNS 1-0 dalam saingan kumpulan B.
Gol tunggal Terengganu dijaringkan oleh Abdul Manaf Mamat pada minit ke-22.
Negeri Sembilan yang turut beraksi dalam kumpulan B turut mencatat kemenangan 2-1 ke atas Sime Darby pada aksi di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS). - Bernama

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics