Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , » JACQUELINE JUARA BOLING WANITA DUNIA WWC 2011
| 0 comments ]
Share

Jacqueline Jenelee dijulang rakan sepasukan selepas memenangi perlawanan akhir perseorangan Kejohanan Boling Wanita Dunia (WWC) 2011 di Hong Kong semalam.Lagu Negaraku berkumandang dan Jalur Gemilang gah dikibarkan di bumi Hong Kong, semalam mengiringi kejayaan Jacqueline Jenelee Sijore meraih pingat emas acara perseorangan pada Kejohanan Boling Wanita Dunia (WWC) 2011, sekali gus memberikan permulaan cemerlang bagi kem negara pada temasya dwitahunan itu
Kejayaan sensasi Jacqueline, 19, yang beraksi sebagai muka baru mengulangi pencapaian rakan sepasukan, Esther Cheah yang menjuarai acara sama, juga menerusi penampilan sulung pada edisi 2005 di Aalborg, Denmark.
Turun menentang jaguh Korea Selatan, Son Yun-Hee pada perlawanan akhir, tidak menghalang Jacqueline daripada menghayun penuh yakin untuk mencatat kemenangan 266-217.
Pemain kelahiran Sarawak itu terdahulu menyekat kemaraan pilihan pertama dari Singapura, Shayna Ng 246-214, pada separuh akhir.
Shayna dan pemain Denmark, Mai Ginge Jensen yang tewas kepada Yun-Hee dalam satu lagi pertembungan separuh akhir, masing-masing berpuas hati dengan pingat gangsa.
Bercakap selepas melakar kejayaan itu, Jacqueline berkata, dia menikmati kegembiraan berganda kerana bukan sahaja impiannya bergelar juara dunia direalisasikan, malah yang lebih penting mengharumkan nama negara dengan kilauan emas pertama.
"Saya hilang kata-kata... Saya langsung tidak jangka dapat capai impian menjadi juara dunia dalam tempoh yang begitu singkat.
"Saya berasa tenang dan yakin sepanjang masa dengan adanya bimbingan jurulatih Holloway (Cheah), segala-galanya memihak kita hari ini.
"Namun, perjuangan belum selesai, masih ada beberapa acara lagi selepas ini. Saya dan rakan-rakan sepasukan akan cuba sedaya upaya menghasilkan lagi tambahan pingat untuk negara," katanya yang melakukan lapan strike berturut-turut dari frame keempat sehingga ke-11 untuk mengesahkan kejuaraan, semalam.
Kejayaan Jacqueline bergelar juara dunia pada usia semuda ini, semakin menyerlahkan kemampuannya pada peringkat antarabangsa, meskipun baru sahaja dinaikkan status dari skuad pelapis elit yang dibubarkan awal tahun ini.
Dia membuktikan dirinya tidak gugup berdepan sekumpulan pencabar bertaraf dunia terutamanya pemain pro dari Amerika Syarikat, Eropah mahupun gergasi Asia, Korea Selatan.
Selain Jacqueline, turut beraksi ialah Zandra Aziela Ibrahim Hakimi yang menamatkan saingan pada tempat ke-14, diikuti Zatil Iman Abdul Ghani (ke-29), Esther Cheah (ke-46), Sharon Koh (ke-62) dan Sin Li Jane (ke-92). Acara perseorangan menampilkan aksi seramai 171 pemain dari 33 buah negara.
Kejohanan diteruskan dengan acara beregu hari ini dan Holloway meletakkan percaturan menggandingkan Sharon Koh-Zatil Iman, Esther Cheah-Zandra Aziela dan Li Jane-Jacqueline

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics