Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , » TERMINUM RACUN SEMUT
| 0 comments ]
Share

PARAH...Norhafizah dirawat di  HRPZ II, pagi semalam. 
Seorang suri rumah berusia 27 tahun menggelupur kesakitan sebelum rebah di dapur rumahnya, akibat terminum air dicampur racun semut dibancuh suaminya sendiri yang disangka sirap berperisa pandan di Kampung Rambutan Rendang, Panji, dekat sini, semalam.Kejadian kira-kira jam 11 pagi itu disedari suami mangsa, Mat Din Yusof, 27, ketika mahu mengambil air bancuhan racun semut di dalam gelas diletakkan di atas meja makan sebelum dikejutkan dengan teriakan isterinya, Norhafizah Badli Efendi, yang mengerang kesakitan.

Akibat kejadian itu, mangsa dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini dengan sebuah ambulans dan dimasukkan ke wad kecemasan kira-kira jam 12.40 tengah hari.
Keadaan mangsa dilaporkan stabil selepas racun berkenaan berjaya disedut keluar, namun masih memerlukan bantuan alat pernafasan dan masih dirawat Wad Temenggong hospital berkenaan.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa bangun tidur kira-kira jam 11 pagi selepas berjaga malam menjaga anak bongsunya, Shafira Aisyah berusia tujuh bulan. Mangsa dikatakan memang gemar minum air sirap berperisa pandan dan terus meminum air bancuhan racun yang dikatakan mempunyai bau pandan dan berwarna hijau diletakkan di atas meja makan.

Mat Din berkata, air bancuhan racun semut yang diletakkan di dalam gelas di atas meja makan rumahnya disediakan untuk dicurah ke dalam sarang semut.
“Kebetulan pagi semalam saya tergerak untuk bancuh racun semut kerana terlalu geram dengan kehadiran sekumpulan semut merah yang menggigit anak bongsu saya ketika bermain seorang diri di dalam rumah.

“Tanpa mengejutkan isteri, saya mengambil racun itu yang mempunyai bau dan warna seperti sirap berperisa pandan dan meletakkannya di atas meja kira-kira jam 10.30 pagi tadi (semalam),” katanya ketika ditemui di wad kecemasan HRPZ II di sini, semalam

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics