Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , » GADDAFI DITEMBAK DI KEPALA
| 1 comments ]
Share

GADDAFI kelihatan melihat kesan darahnya dengan dikerumuni penentangnya.
GADDAFI kelihatan melihat kesan darahnya dengan dikerumuni penentangnya.
Seorang saksi berkata, kesan peluru boleh dilihat dengan jelas di sisi kepala bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi.Selain kesan tembakan di kepala, mayat Gaddafi yang ditunjukkan kepada pemberontak dan seorang saksi Reuters juga mempunyai kesan calar, juga di kepala.

Ada beberapa kesan darah pada tubuhnya meskipun ia tidak sebanyak seperti yang diilihat pada video sejurus beliau ditangkap.
Sementara itu, terdapat tanda-tanda pertelagahan antara pegawai Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) dengan pejuang dari Misrata mengenai tempat pengebumian Gaddafi.

Tidak dapat dipastikan sama ada pejuang di Misrata merasakan mereka mempunyai kata putus untuk menentukan pengebumian bekas pemimpin Libya itu memandangkan mereka yang berjuang untuk menggulingkannya dan kemudian memburunya hingga kepada kematiannya.

“Mereka tidak bersependapat mengenai tempat pengebumian,” kata seorang pegawai NTC yang enggan namanya disiarkan.
“Menurut Islam, Gaddafi sepatutnya dikebumi segera tetapi sehingga ini masih belum ada persetujuan dicapai sama ada mayatnya akan dikebumikan di Misrata, Sirte atau tempat lain,” katanya.

Gaddafi masih hidup ketika ditangkap tetapi kemudian mati di tangan pemberontak dalam keadaan yang masih tidak jelas.

egawai NTC, Ali Tarhouni yang juga Menteri Minyak dalam kerajaan sementara berkata, keputusan mengenai tempat pengebumian masih belum dicapai. “Saya mengarah mereka menyimpan mayat itu dalam setor beku selama beberapa hari bagi memastikan semua orang tahu Gaddafi sudah mati,” katanya kepada Reuters.
Ketika ditanya mengenai urusan pengebumian, termasuk di mana bekas pemimpin itu akan dikebumikan, dia berkata: “Belum ada keputusan lagi.” Ali juga memberitahu, satu keputusan mengenai siapa yang akan menjadi perdana menteri kerajaan sementara Libya akan ditentukan, kemungkinan minggu depan

1 comments

abu idris said... @ October 23, 2011 at 12:21 AM

arrayah.info - Matinya Gaddafi, Umat Perlukan Perubahan Sistem bukan Penggantian Diktator

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics