Pada majlis pernikahan itu, Nazirah menerima wang hantaran RM15,000, mas kahwin RM300 bersama tujuh dulang hantaran daripada Nabil.
Selain sebentuk cincin berlian dan mas kahwin, Nazirah menerima set wangian, al-Quran, telekung dan tasbih, kasut jenama Stuart Weitzman , set solekan Channel, tepak sirih dan peralatan komunikasi, BlackBerry Playbook.
Sementara itu, pengantin perempuan membalas sembilan dulang kepada pihak lelaki iaitu sebentuk cincin, coklat, kasut, peralatan permainan siber Play Station 3 (PS3), iPad 2, sejadah/al-Quran, sirih junjung, buah-buahan dan kek.
Ketika ditemui selepas majlis pernikahannya selesai, Nabil berkata, dia sangat bersyukur dan gembira kerana hasrat mendirikan rumah tangga dan bergelar suami kepada Nazirah dimakbulkan.
“Saya memilih Nazirah sebagai teman hidup kerana terpikat dengan sikapnya yang lemah lembut, ramah, penyayang dan dia juga boleh `masuk' dalam kehidupan saya. Nazirah tak cemburu dan sangat memahami kerjaya saya sebagai artis.
“Biarpun, hubungan kami boleh dikatakan baru rapat, saya berkahwin dengan Nazirah kerana ikhlas. Sekian lama menunggu, seru mendirikan rumah tangga akhirnya tiba. Malah, bukan juga niat saya berkahwin untuk menutup kontroversi.
“Sebagai insan seni, saya tahu lumrah hidup artis yang tidak boleh lari daripada kontroversi. Namun, saya percaya dan yakin Nazirah memahaminya. Bahkan, saya akui sememangnya memilih pasangan hidup bukan di kalangan artis kerana lebih selesa,” katanya.
Hadir sama di majlis pernikahan itu, bapa Nabil, Ahmad Ismail, 60 dan ibunya, Rohizah Abdul Latif, 60. Majlis resepsi persandingan pasangan pengantin akan berlangsung di Digital Park I-City, Seksyen 7, Shah Alam, Ahad ini.
0 comments
Post a Comment