Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , » KEPUTUSAN MALAYSIA VS KEMBOJA SUKAN SEA 2011
| 0 comments ]
Share

Pasukan bola sepak Sukan SEA bawah 23 tahun Malaysia mencatatkan kemenangan selesa ke atas Kemboja 3-1 dalam perlawanan peringkat kumpulan A di Stadium Utama Gelora Bung Karno di sini, sebentar tadi.
Pada separuh masa pertama, pemain negara, Izzaq Faris Ramlan meletakkan Malaysia di depan seawal minit ketujuh selepas menanduk kemas hantaran rakan sepasukan.

Pada minit ke-35, ketua pasukan negara, Baddrol Bakhtiar merembat kencang dari jaraj jauh bagi membolehkan pasukan Malaysia mendahului 2-0 sebelum menyumbatkan gol ketiga menerusi sepakan penalti pada minit ke-39.
Bagaimanapun, Malaysia dikejutkan hasil jaringan Kemboja pada minit ke-61 di atas kealpaan pemain pertahanan negara.

Pasukan Malaysia terus menunjukkan semangat juang tinggi selepas mendapatkan jaringan keempat pada minit ke-90 hasil lencongan cantik Wan Zaharulnizam Zakaria.

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics