Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » » AMANDA IMANI BENCI PLAYBOY
| 1 comments ]
Share

“Saya bukan perampas, tapi dia adalah playboy yang menyembunyikan status sebenar,” kata penyanyi muda berbakat, Amanda Imani, 20, yang dituduh menjalin kasih dengan seorang penyanyi tampan dari negara jiran, sedangkan lelaki itu bakal bertunang tidak lama lagi.Menurut penyanyi yang terkenal dengan lagu Selamilah Cinta itu, dia berkawan rapat dengan penyanyi berkenaan kerana lelaki itu tidak pernah memberitahu sudah memiliki kekasih ketika peringkat awal perkenalan.

Akibat salah faham, peminat kedua-dua artis berkenaan yang mengetahui kisah percintaan mereka mula menuding jari ke arah Amanda dan melepaskan kata-kata kesat, termasuk menggelarnya perampas menerusi laman sosial Facebook dan twitter.
Ikuti luahan hati dan penjelasan Amanda terhadap segala tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

“Sebenarnya, saya berfikir panjang sebelum membawa perkara ini kepada media. Lagipun, ini sekadar kisah percintaan biasa dan tidak bersangkut paut dengan isu besar yang boleh dikongsikan bersama.

Namun, hari demi hari saya menjadi tertekan dan murung apabila setiap kali membuka twitter dan Facebook, pasti ada peminat saya atau peminatnya menghentam saya dengan pelbagai tuduhan.

Sebab itu, atas nasihat mama dan kawan yang lebih lama dalam industri ini, saya memberanikan diri untuk bercerita mengenai perkara ini dengan tujuan membersihkan nama saya serta menceritakan kisah sebenar.

Saya mula mengenali penyanyi terbabit ketika berada di negara berkenaan untuk menghadiri satu majlis anugerah popular yang diadakan awal tahun ini. Kebetulan, kami sama-sama terbabit dalam anugerah itu dan berkolaborasi mencipta lagu dan sebagainya.
Kemudian, hubungan sebagai kawan menjadi lebih akrab. Begitupun, sebelum mengenali hati budi masing-masing, saya bertanya sama ada dia mempunyai hubungan dengan wanita lain dan dia menafikannya.

Pada mulanya saya keberatan untuk mempercayainya tetapi selepas melihat kesungguhannya bersama saya dan dia begitu baik kepada keluarga saya, saya menerimanya.

Selama enam bulan berkawan, setiap hari dia menelefon untuk bertanya khabar. Malah, jika tidak dapat menghubungi saya, dia menelefon mama untuk bertanya keadaan saya.

Ketika saya dan keluarga bercuti di sana, pasti dia menawarkan diri menemani kami dan membawa kami bersiar-siar. Malah, dia benar-benar menunjukkan dia tidak mempunyai hubungan di sana dan tanpa segan silu membawa kami berjalan sekitar negara itu.

Begitupun, baru-baru ini saya menerima mesej dihantar seorang wanita menerusi laman twitter yang meminta saya tidak mengganggu penyanyi itu lagi.

Saya kebingungan, kemudian wanita terbabit menjelaskan dia adalah kekasih lelaki itu dan mereka akan bertunang tidak lama lagi.

Selaku wanita, pastinya saya patah hati dan kecewa apabila mengetahui hubungan terbabit adalah pembohongan semata-mata, lebih-lebih lagi mama juga merestuinya.

Tidak cukup dengan itu, wanita berkenaan beberapa kali menghubungi saya melalui mesej di laman sosial untuk meminta saya meninggalkan teman lelakinya supaya mereka dapat hidup bersama. Dia juga menuduh saya sebagai perampas.

Akhirnya, saya cuba mendapatkan kepastian daripada penyanyi itu dan selepas berkali-kali didesak, dia hanya meminta maaf atas apa jua yang berlaku tetapi masih tidak mahu mengakui kesalahannya.

Keadaan menjadi bertambah buruk apabila rakannya turut menuduh saya dan mengatakan saya bersalah dalam hal ini, sedangkan mereka juga tahu perkara sebenar.

Pada masa sama, cerita ini merebak kepada peminat dan ramai meminta saya mengundur diri. Saya tidak salahkan peminat dan wanita itu kerana mereka tidak tahu cerita sebenar.

Mungkin ini strategi lelaki itu dalam mencari kepuasan hidup dan mereka pelbagai cerita kepada teman wanitanya. Mungkin juga dia menyatakan saya yang mengganggu hidupnya dan mencipta cerita supaya nampak ‘mulia’ pada kaca mata orang ramai dan peminat.

Yang pasti, saya malu diperlakukan begini dan seakan-akan menjadi mangsa seorang ‘playboy’. Sebagai penyanyi, sudah tentu cerita sebegini sungguh memalukan dan boleh ‘membunuh’ kerjaya saya.

Jika ia tidak berpanjangan dan tidak membabitkan sesiapa, sudah pasti saya juga berdiam diri dan berundur cara baik. Lagipun, ramai lagi lelaki lebih mulia di dunia ini untuk dijadikan teman.

Saya menyesali hubungan ini dan seakan-akan tersalah langkah memilih walaupun pada mulanya saya tidak mencari lelaki untuk dijadikan teman. Semuanya datang dengan sendiri.

1 comments

JHaZKiTaRo said... @ December 11, 2011 at 4:45 PM

salam kenal.. kalau nak baca my experience travel ke 46 buah negara, sila2 la singgah my blog (Aku Sebutir Pasir).. :)

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics