Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , » JAMAL ABDILLAH TINGGALKAN PENGASIH
| 0 comments ]
Share

Hampir lima tahun tinggal di Rumah Pengasih, di sini, dan dianggap sebagai penghuni istimewa pusat pemulihan itu, penyanyi terkenal, Jamal Abdillah ‘angkat kaki’ untuk berdikari dan tinggal di luar.Penyanyi yang mendapat gelaran Raja Pop Malaysia itu secara sukarela mahu tinggal di luar dan menyatakan hasratnya kepada Pengerusi Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih), Datuk Yunus Pathi, Isnin lalu.Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali yang dihubungi Harian Metro menerusi SMS mengakui dia sudah tinggal di luar, namun tidak menyatakan sejak bila.

“Saya sudah tinggal di luar, cuma ada beberapa barang peribadi yang belum diambil. Insya-Allah, saya sudah jumpa Yunus minta tangguh sampai hujung bulan untuk beredar sepenuhnya.

“Mungkin kesibukan dan keterbatasan waktu hingga hujung bulan, tetapi saya tetap akan beredar,” katanya.

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics