Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , , » GAMBAR ANA RAFFALI DAN NAIM KAHWIN
| 0 comments ]
Share



Gambar kahwin ana raffali dan naim.Kawan karib menjadi suami isteri.BERMULA dengan perkenalan pada 29 Julai 2005, siapa sangka ikatan persahabatan yang terjalin selama tujuh tahun berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan.Itulah rentetan momen indah yang dilalui oleh penyanyi Ana Raffali bersama suaminya, Ahmad Aznaim Abdullah atau Naim apabila kedua-duanya kini sah bergelar sebagai pasangan suami isteri.
Sabtu kelmarin, Ana dan Naim telah selamat diijabkabulkan dalam satu majlis sederhana yang diadakan di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati kira-kira pukul 11.55 pagi.

Dihadiri seramai 500 jemputan yang terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua belah pihak, pasangan tersebut dinikah dan diwalikan oleh bapa Ana sendiri, Mohd. Raffali Mohd. Nor dengan disaksikan oleh Jurunikah Masjid Al-Hidayah, Abdullah Mat.
Sejurus selepas berakhirnya acara pernikahan, Ana yang ditemui pada satu sesi sidang akhbar bersama pihak media berkata, debaran yang dirasakan sebelum ini mulai hilang setelah acara akad nikah dilaksanakan.
"Kalau ditanya tentang perasaan ketika hendak bergelar seorang isteri, sudah tentu saya memang rasa cukup berdebar dan secara lumrahnya itulah yang akan dirasai oleh mana-mana wanita yang hendak mendirikan rumah tangga.
"Bagaimanapun, semua perasaan itu hilang sebaik sahaja suami melafazkan akad nikah dengan sekali lafaz. Saya sangat bersyukur kerana kini telah selamat menjadi isteri kepada Naim," ujarnya.
Pada majlis berkenaan, Ana yang kelihatan anggun dengan busana baju kurung moden berona kelabu hasil rekaan Ezuwan Ismail menerima tujuh dulang hantaran berupa minyak wangi, coklat, sirih junjung, manisan, gelang tangan, telekung serta mas kahwin berjumlah RM11,412.
Pengantin lelaki yang segak berbaju Melayu lengkap bersamping hasil rekaan pereka sama pula menerima sembilan dulang hantaran seperti bunga rampai, buah, kek, dompet, kamera, iPad 2, jam tangan serta minyak wangi, cincin dan sirih junjung.
Tambah Ana, dia merasakan dirinya cukup bertuah kerana mendapat lelaki seperti Naim sebagai suami yang disifatkan seorang lelaki sangat baik, jujur dan penyabar.
"Selama ini hubungan kami tidak lebih daripada sebagai kawan karib. Kemudian semakin saya mengenalinya dengan lebih mendalam, perasaan sayang terhadapnya lama-kelamaan mula timbul dan akhirnya saya setuju untuk mendirikan rumah tangga bersamanya.
MAJLIS akad nikah Ana dan Naim diwalikan sendiri oleh bapa Ana, Mohd. Raffali.


"Bagaimanapun, ramai tidak tahu yang kami ini sebenarnya bercinta memandangkan dia sering mengikut saya membuat persembahan di merata-rata tempat sehinggakan rata-ratanya menganggap dia adalah pembantu peribadi saya," jelasnya.
Sementara itu, Naim yang turut berada di samping isteri tercinta memberitahu dia mula melamar Ana sebagai pasangan kekasih pada tahun lalu setelah merasakan perlu adanya ikatan yang lebih kukuh di antara mereka berdua.
Jelasnya, dia mengambil masa yang agak lama untuk melamar kerana mahukan isterinya itu memiliki kehidupan yang lebih stabil dan benar-benar kukuh dalam kerjayanya sebagai seorang anak seni.
"Kalau ditanya tentang istimewanya Ana di mata saya, sebenarnya ia agak sukar untuk dijelaskan secara lebih spesifik. Kehadirannya dalam hidup saya selama ini juga sudah cukup istimewa buat diri saya," ujarnya.
Mengenai majlis yang diadakan pada hari tersebut, Ana memberitahu bahawa setelah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak, mereka mengambil keputusan untuk mengadakan majlis secara sederhana.
"Kami sepakat untuk membuat majlis pernikahan dan resepsi di tempat yang sama. Malah, tiada acara persandingan yang dibuat kerana seboleh-bolehnya kami mahu meluangkan lebih banyak masa dengan tetamu yang hadir," jelasnya.

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics