Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » BUBU BUKAN CUCU SULTAN
| 0 comments ]
Share


BUBU...hanya mengaku kerabat diraja

Syazni atau Bubu mengaku dia bukan cucu sultan. Bubu cuma beritahu mereka, Bubu adalah kerabat diraja.”Demikian penjelasan Raja Mohamad Syazni Raja Mohamad Rashid, 24, yang namanya tiba-tiba menjadi topik hangat di kalangan media Indonesia berikutan hubungan cintanya dengan penyanyi terkenal negara itu, Syahrini atau nama sebenarnya Fatimah Syahrini Zailani, 29.
Dalam pertemuan dengan Metro Ahad di sini, malam kelmarin, Syazni yang mesra disapa dengan nama Bubu oleh kekasihnya mendakwa, media negara terbabit memutar belitkan kenyataannya ketika dia bersama Syahrini mengadakan sidang akhbar di sebuah hotel di Jakarta pada 13 Mei lalu.

Metro Ahad minggu lalu menyiarkan kenyataan bapa Syazni, Raja Mohamad Rashid Raja Salehuddin yang merestui hubungan anak keempat daripada lima beradik itu dengan Syahrini, selain turut mengesahkan mereka berketurunan kerabat diraja.
Syazni turut ditemani ibunya, Shamim Khanam, 50, dan serta dua kakaknya iaitu Raja Nor Shakerah, 27, dan Raja Nor Zafirah, 26.

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics