Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » DIVIDEN ASN 3 6.3 SEN SEUNIT
| 0 comments ]
Share

PRESTASI...Ahmad Sarji (kiri) dan Hamad Kama Piah mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Nasional 3 di Menara PNB, semalam.
Dividen ASN 3 Bagi tahun 2012 ialah 6.3 sen seunit.PRESTASI...Ahmad Sarji (kiri) dan Hamad Kama Piah mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Nasional 3 di Menara PNB, semalam.AMANAH Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan bayaran pengagihan pendapatan sebanyak RM2.566 bilion bagi tujuh unit amanahnya untuk tahun ini.


Terbaru, pengurus dana unit amanah yang juga anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) itu mengisytiharkan agihan pendapatan sebanyak 6.3 sen seunit bagi Amanah Saham Nasional 3 Imbang (ASN 3) bagi tahun kewangan berakhir 30 November 2012, meningkat 0.3 sen berbanding enam sen seunit tahun lalu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, meskipun berupaya membayar sehingga 14 sen seunit, pihaknya memutuskan membayar 6.3 sen seunit berikutan mengambil kira risiko sederhana.

“Setakat ini, kami sudah mengumumkan pengagihan pendapatan untuk tujuh unit amanah yang membabitkan RM2.566 bilion.

“Ini bermakna hanya dua lagi yang tinggal iaitu Amanah Saham Bumiputera dan Amanah Saham Nasional yang akan diumumkan bulan depan,” katanya pada sidang media selepas majlis pengumuman pengagihan pendapatan ASN 3 di Kuala Lumpur, semalam.


Sementara itu, Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid ketika mengumumkan prestasi ASN 3 berkata, pengagihan pendapatan dana itu akan membabitkan pembayaran sebanyak RM8.11 juta.

“Ini akan memberi manfaat kepada 11,652 pemegang unit yang memegang gabungan 128.81 juta unit dalam ASN 3. Daripada jumlah ini, pendapatan dividen menyumbang RM4.11 juta atau 38.27 peratus, keuntungan daripada penjualan saham pada RM4.09 juta (38.08 peratus) dan RM2.54 juta (23.65 peratus) diperoleh hasil pelaburan dalam instrumen jangka pendek serta pendapatan lain,” katanya.

Beliau berkata, agihan pendapatan ASN 3 akan dikira berdasarkan pegangan unit pada 30 November 2012 iaitu hari terakhir tahun kewangan tahun dana berkenaan.

“Ia akan dilabur semula ke dalam unit tambahan ASN 3 yang akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun pemegang unit, berdasarkan nilai aset bersih pada 30 November 2012. Semua urus niaga bagi ASN 3 di pejabat-pejabat dan ejen ASNB digantung mulai hari ini (semalam) hingga 2 Disember ini untuk memudahkan pengiraan agihan pendapatan,” katanya.

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics