BAHTERA KASIH TERKULAI LAYU, lelaki dibomoh oleh gadis penjual top up.KESAL...Shahrul menceritakan masalahnya kepada wartawan Harian Metro. Akibat cuba memainkan perasaan seorang wanita warga
Thailand walaupun sudah mempunyai kekasih, seorang lelaki menerima nasib
amat malang sebaik mendirikan rumah tangga apabila nafsunya dikunci
hingga tidak bermaya setiap kali mahu bersama isteri.Itu keluhan lelaki hanya mahu dikenali sebagai Shahrul, 25, yang
percaya masalahnya itu angkara wanita terbabit yang ingin merosakkan
rumah tangganya selepas mengugut berbuat demikian sekiranya dia
berkahwin dengan wanita lain.
Shahrul berkata, pada mulanya dia menyangka menghadapi masalah
seksual atau lemah tenaga batin sejurus melangsungkan pernikahan dan
selepas berbincang dengan isteri, mereka berjumpa doktor untuk
mendapatkan kepastian, namun pegawai perubatan mengesahkan dia sihat dan
normal.
Berikutan itu, Shahrul bersama isteri berbincang dengan keluarga dan mereka dicadangkan berubat secara Islam kerana mungkin ada pihak menggunakan cara halus untuk merosakkan rumah tangganya.
Berikutan itu, Shahrul bersama isteri berbincang dengan keluarga dan mereka dicadangkan berubat secara Islam kerana mungkin ada pihak menggunakan cara halus untuk merosakkan rumah tangganya.
Menceritakan kembali kisahnya selepas menjalani rawatan di sebuah pusat perubatan Islam di sini, Shahrul berkata, dia kesal kerana mempermainkan perasaan wanita negara jiran itu yang juga pembantu di sebuah kedai alat telekomunikasi.
0 comments
Post a Comment