Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , , , , » 20 PERATUS REBAT PLUS SEMPENA KRISMAS
| 0 comments ]
Share

Pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) yang membayar tol secara elektronik akan menikmati rebat tol sebanyak 20 peratus sempena cuti perayaan Hari Krismas Selasa ini.
Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad, Mohammad Fuad Khusairi berkata pemberian rebat itu merupakan satu daripada langkah PLUS meraikan sambutan Hari Natal dan sebahagian daripada strategi syarikat untuk mengagihkan trafik serta menggalakkan orang ramai bergerak pada hari bukan puncak.

"Pengguna yang membayar tol menggunakan sistem elektronik seperti kad PLUSMiles, kad Touch n Go dan SmartTag akan menikmati rebat tersebut, rebat tol ini boleh dinikmati sepanjang hari serta tidak terhad pada tempoh masa tertentu sahaja," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. - BERNAMA


0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics