Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , , » DENDA 20RIBU UBAH NOMBOR PLAT ELAK AES
| 0 comments ]
Share

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan mengingatkan pengguna jalan raya supaya jangan cuba mengelirukan pihak berkuasa dengan mengubah suai nombor plat atau berdepan hukuman berat.

Beliau menegaskan, pengguna jalan raya yang cuba mengelak daripada dikesan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) kerana memandu melebihi had laju atau melanggar lampu isyarat merah dengan mengubah suai nombor plat kenderaan boleh didakwa di bawah Seksyen 108 (3A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


“Jika sabit kesalahan, pesalah boleh didenda minimum RM5,000 dan maksimum RM20,000,” katanya ketika ditemui di pejabat JPJ negeri selepas taklimat AES di sini semalam.


Macam-macam la denda sekarang ni. Tak ada guna kereta cc besar. Bawak slow ja. Merugikan . Lepas ni pakai kereta sorong jela. Kalau kena AES jugak tak tahu la, haha

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics