Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , » FAHRIN CARI JODOH BUKAN BIDANG SENI
| 1 comments ]
Share

pix_gal0
Fahrin mahu jodoh dari bidang lain.Pengalaman perit dua kali cinta kecundang di tengah jalan masih berbekas di hati jejaka ini. Walaupun sudah beberapa tahun peristiwa pahit itu berlaku dan bekas kekasih sudah pun mempunyai kehidupan sendiri, namun amat sukar untuk Fahrin Ahmad melupakan apa yang pernah terjadi.Disebabkan terlalu kecewa dengan apa yang berlaku, Fahrin secara jujur mengakui, dia sudah serik untuk memilih teman wanita dalam kalangan penggiat industri seni. Pengakuan itu bukanlah untuk merendahrendahkan gadis kelompok itu, cuma kata aktor berusia 33 tahun ini, pengalaman dua kali bercinta dengan wanita dari lapangan sama, tetapi berakhir dengan perpisahan sudah cukup membuatkan dia serik.

"Selepas ini, jika ditakdirkan saya ingin bercinta, saya tidak akan memilih wanita yang sama bidang dengan saya. Pada saya, mereka (wanita dari bidang seni) sudah tidak menarik lagi, sama seperti judul lagu penyanyi Arrora Salwa. Selepas apa yang saya lalui, minat saya terhadap wanita dari kalangan ini makin berkurangan.

"Walaupun saya percaya jodoh itu ketentuan Ilahi, tapi saya akan cuba menghindarinya," ujar Fahrin ketika ditemui pada majlis sidang media Malam Amal Tahajjud Cinta di Kuala Lumpur, kelmarin.

Biarpun ada yang berpendapat lebih mudah jika beristerikan wanita dari bidang sama kerana lebih memahami, namun tegas Fahrin, perkara itu sudah tidak relevan lagi.

"Bagi saya, amat sukar jika kedua-duanya popular dan menjadi perhatian masyarakat. Saya tak nafikan bila berpacaran dengan orang luar dari bidang seni, cabaran lain tetap ada cuma pandai-pandailah kita mengatasinya," katanya.

Meskipun ramai yang ternanti-nanti bila Fahrin bakal menamatkan zaman solo termasuk kedua-dua orang tuanya sendiri, kata pelakon yang berasal dari selatan tanah air ini, dia tidak pernah terdesak untuk cepatmendirikan rumah tangga.
"Buat masa ini, saya belum lagi tertekan untuk berkahwin. Status saya masih lagi single and available.

Kalau melihat jadual kerja saya yang sentiasa sibuk ini, nampak gayanya sehingga tahun depan saya tidak nampak bayangan yang saya akan naik pelamin. Saya juga tidak ada sasaran usia berapa yang sesuai untuk saya mendirikan rumah tangga.

"Cuma apabila usia saya mencecah 35 tahun dan saya masih tidak mempunyai sesiapa untuk dijadikan calon isteri, waktu itu saya sudah tak kisah jika orang tua yang carikan jodoh untuk saya. Saya terbuka untuk apa saja peluang yang datang," katanya. 

Selepas ni kita tengok Fahrin kahwin pulak. Fahrin yang artis pon tak nak kahwin dengan artis. Good Job :)

1 comments

puteri kasih said... @ December 7, 2012 at 7:54 PM

wah ada harapan la camni..haha

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics