Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , , » FILIPINA,THAILAND KE SEPARUH AKHIR PIALA AFF SUZUKI
| 0 comments ]
Share

Filipina dan Thailand ke separuh akhir piala suzuki aff 2012. Filipina mengesahkan slot mereka ke separuh akhir Piala AFF Suzuki 2012 selepas menundukkan Myanmar 2-0 pada perlawanan terakhir Kumpulan A di Stadium Supachalasai, Bangkok, Thailand, malam tadi.

Pasukan yang mendapat gelaran ”The Azkals” itu membuka tirai jaringan menerusi penyerang Philip James Younghusband pada minit ke-47 sebelum pemain gantian, Angel Guirado muncul wira dengan gol kemenangan pada minit-minit terakhir perlawanan.


Sementara itu, dalam aksi kumpulan yang sama, Thailand yang sudah mengesahkan tiket ke separuh akhir mudah membenam Vietnam, 3-1 di Stadium Rajamangala, Bangkok.

Skuad Gajah Putih itu membuka tirai jaringan pada minit ke-21 menerusi Kirati Keawsombut selepas beliau menampan hantaran sebelah kanan daripada Apipoo Suntornpanavej.

Thailand yang dibimbing oleh jurulatih dari Jerman, Winfried Schafer menggandakan kedudukan sekali lagi menerusi Kirati pada minit ke-65 sebelum beraksi dengan 10 pemain pada minit ke-71 selepas pemain tengah mereka iaitu Sumanya Purisay dilayangkan kad merah kerana mengasari pemain lawan.

Seminit kemudian, Vietnam mengurangkan defisit jaringan menerusi tandukan pemain tengah Van Quyet Nguyen.

Nguyen Gia Tu ”menghadiahkan” gol kemenangan untuk pasukan Thailand dengan gol sendiri pada minit ke-82.

Kemenangan ketiga berturut-turut itu membolehkan Thailand muncul juara Kumpulan A dengan sembilan mata manakala Filipina yang mencatatkan dua kemenangan dan satu kekalahan muncul naib juara kumpulan dengan enam mata.

Setakat ni kita dapat lihat Thailand tak pernah kalah dan asyik menang sokmo. Memang kebal sungguh.

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics