Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , , , , » LIYANA JASMAY TUNDA MAJLIS KAHWIN
| 0 comments ]
Share

Liyana dan Fathuddin akan dinikahkan pada tarikh baru iaitu 2 Februari 2013.Pelakon Liyana Jasmay yang sepatutnya melangsungkan majlis pernikahan dengan tunangnya, Fathuddin Mazlan pada 24 Januari depan terpaksa ditunda ke tarikh baru iaitu 2 Februari 2013.

Menurut laporan akhbar Kosmo!, Liyana, 24, berkata, majlis tersebut terpaksa ditunda atas sebab-sebab tertentu walaupun dia dan tunangnya, Fathuddin, 28, sebelum ini telah mengumumkan akan bernikah pada 24 Januari tahun depan.
Pasangan itu telah mengikat tali pertunangan pada 29 Mac lalu.
Liyana yang baru pulang ke tanah air lewat malam kelmarin selepas menamatkan kursus enam bulan dalam bidang lakonan dan pengarahan di New York Film Academy, Amerika Syarikat menambah, majlis akad nikah dan persandingan akan diadakan pada hari yang sama di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
“Akad nikah akan diadakan pada waktu pagi dan bersanding pada sebelah malam di PWTC,” ujarnya.

sumber-mstar
Buat semua sehari kan senang, tak kena buat majlis akad nikah dan majlis kenduri asing-asing.

p/s : terlupa plak harini kenduri farid kamil di jitra. lau tak dah g tadi. selamber jek aku berkelah tadi tak ingat dunia. 12.12.12 aku tak ambik kisah sangat hal kecik macam ni. kaledar masihi tak payah peduli. haha 

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics