Lionel Messi

BINTANG Barcelona, Lionel Messi yang kelmarin mencatatkan rekod 90 jaringan tahun ini telah bersetuju memeterai kontrak baru dengan kelabnya itu, sekali gus akan kekal di Sepanyol sehingga 2018.Pemain kelahiran Argentina ini, yang berusia 25 tahun, akan menandatangani perjanjian baru dalam beberapa minggu lagi. Dia berada bersama kelab Barcelona ketika berusia 13 tahun.Pemain pertahanan, Carles Puyol, 34, dan Xavi Hernandez, 32, juga dilaporkan telah bersetuju untuk menandatangani perjanjian kekal di Barcelona sehingga 2016.

Dalam satu kenyataan, Barcelona berkata, "dalam beberapa minggu ini, Puyol, Xavi dan Messi masing-masing akan memeterai kontrak baru."
"Berita ini bermakna FC Barcelona telah mengikat perjanjian dengan tiga daripada senarai pemain pentingnya," kata kelab itu.
Perjanjian semasa Messi akan berakhir Jun 2016 manakala Puyo dan Xavi masing-masing 2013 dan 2014.- SINAR

Tahniah buat Messi dapat kontrak baru.
p/s : bila malaysia nak ada messi ni.??? indonesia dah ada messi indon nama andik . Adakah Matyo atau safee di gelar messi malaysia????