Permohonan boleh dibuat menerusi pendaftaran dalam talian.Belia berusia di antara 21 dan 30 tahun boleh memohon rebat
RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G terpilih daripada pengedar
berdaftar mulai Selasa depan.
Mohamed Sharil berkata, belia yang layak menikmati rebat RM200 itu boleh membeli telefon pintar 3G terpilih berharga sehingga RM500 daripada pengedar terpilih dan ejen yang dilantik penyedia perkhidmatan.
"Tujuannya ialah untuk memperluaskan insentif itu merangkumi belia berpendapatan rendah yang masih belum menggunakan telefon pintar dan tidak mampu untuk menaik taraf telefon lama 2G mereka kepada telefon pintar 3G yang asas.
"Mereka yang mampu memiliki telefon berharga RM500 sebenarnya bukanlah kategori yang dihasratkan atau pasaran sasaran," katanya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan rebat RM200 sekali saja bagi pembelian telefon pintar 3G kepada 1.5 juta belia yang layak menerusi Pakej Komunikasi Belia ketika membentangkan Bajet 2013.
Dengan rebat itu, mereka dijangka membayar tidak lebih daripada RM300 untuk memiliki sebuah telefon pintar 3G baru, katanya sambil menolak dakwaan had RM500 adalah rendah kerana ada lebih 20 model telefon berjenama yang dilengkapi kemudahan 3G.
"Syarikat telekomunikasi yang mengambil bahagian dan operator rangkaian maya mudah alih akan menawarkan tidak lebih daripada lima dan mungkin sehingga 10 atau 12 model di bawah inisiatif itu menerusi kedai pengedar mereka.
"Oleh itu, belia seharusnya mencari logo 'Pakej Komunikasi Belia' yang akan dipaparkan pada kain rentang di kedai itu atau boleh menyemak laman web penyedia perkhidmatan bagi mendapatkan senarai telefon pintar dan kedai pengedar yang mengambil bahagian," katanya.
Beliau berkata, berdasarkan kajian SKMM, lebih 90 peratus pengguna berada dalam segmen prabayar tetapi syarikat telekomunikasi hanya menyediakan insentif telefon bimbit bagi kontrak pasca bayar.
Sementara itu, Mohamed Sharil berkata, pemilik perniagaan kecil berumur 18 hingga 65 tahun boleh mula memohon geran RM1,000 menerusi 'Get Malaysian Business Online' mulai Selasa depan (1 Januari), juga dengan mendaftar dalam talian di http://nbi.skmm.gov.my/.
Beliau berkata usahawan kecil yang mendaftar di laman web dan memenuhi semua terma serta syarat akan menerima geran RM1,000 daripada SKMM yang akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank tempatan pemohon yang berjaya.
15 comments
kenapa tekan link "http://nbi.skmm.gov.my/" tu xleh pun. die kate xwujud pun link tu. camne ni?
server mcm cela je....nk bukak xleh...
emm.. da sepanjang hari saya cuba, line slow ya amat.. tgh2 isi, terus lost connection..hmmm..
Pala but
Mcm sial je.mcm ni la gov..bila nak isi form xble..
Page cannot open la apa la..yg bjaya daftar tu smua kroni2.
bengap la korang ni... bukan xdpt dibuka, cuma line server to busy sebab ramai yg tengah buka page yg sama...
asyik2 nk marahkan gov... ko skolah dulu bukan di SMK ke... ko skolah swasta ke dulu... mcm tai*
alamak..ikut tahun pulak..ikut bulan laa...rugi la lahir bulan 12..ape daaa
Nk bg mcm xnk bg je...bgus xpayah bg kalu server mcm hampeh...politik semata2...
Kalo x suka gov apsal sibuk2 nk apply? Muka x malu!
Kalo x suka gov apsal sibuk2 nk apply? Muka x malu!
da gov bg.. terima jela.. xksah la pkatan rkyt perintah ke..bn ke.. da tu tugas gov.. ek eley.. xskolh ke..
senang je isi borang.aku siap isi untuk2 kwn2 aku yg xder internet lagi.jgn sikit je nak salahkan kerajaan.sabar sikit anak muda.Bersyukur apa yg Najib beri..susah nak puaskan hati semua org...org yg asik salahkan kerajaan patut duduk Palestin je..biaq mampuih cepat!
budi bahasa budaya kita
aq isi ok je..
relax laaa..slow2...jgn dok mngutuk je..tenang2 sudah..:)
Post a Comment