Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , , , , » SITI NURHALIZA JADI PENGACARA GAME SHOW
| 0 comments ]
Share

     
Selepas kejayaan program bual bicara berjudul Siti, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza mengembangkan bakatnya dalam mengacara program berbentuk permainan (gameshow) pula iaitu Siti Ooo...Som.Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Taruddin, 32, berkata, percubaan kali kedua sebagai pengacara tetap memberikan cabaran yang tersendiri namun masih lagi terkawal memandangkan konsepnya lebih santai, berbeza dengan Siti, dimana ia sebuah program yang serius.

"Dah lama sebenarnya saya ingin mengacara program gameshow seperti ini kerana saya sukakan aktiviti riadah.
"Alhamdulillah, satu lagi impian saya mengendalikan program berbentuk gameshow berjaya dilaksanakan," katanya.

Tambah Siti, menarik lagi tentang Siti Ooo...Som, dia tidak perlu membuat persembahan dalam program tersebut, dan lebih memberikan fokus mengacara bersama dengan dua selebriti hebat, Nabil Ahmad dan Sharifah Shahira (Shira).
"Alhamdulillah, Nabil dan Shira banyak membantu saya menjadi lebih santai dalam program ini.
"Lebih seronok lagi, apabila melihat gelagat para artis serta peserta-peserta lain dikenakan dengan permainan yang setengahnya dicipta sendiri oleh saya.
"Bagaimanapunm, permainannya tidaklah terlalu berat kerana ia lebih kepada konsep keseronokan bekerjasama dalam sebuah kumpulan," ujarnya.
Siti Ooo...Som yang diterbitkan sebanyak 13 episod oleh Global Station Sdn Bhd ini melibatkan seramai enam orang dibahagikan kepada dua buah kumpulan.
Para peserta perlu melalui cabaran permainan yang dibahagikan kepada enam segmen iaitu Sepantas Kilat, Riuh Rendah, Siapa Hebat, Kebaboom, Siti Cabar dan Huru Hara.
Program ini bakal ditayangkan pada Januari tahu depan.

Nak tengok jugak la, tu pon kalau sempat . Mungkin tahun depan lebih sibuk dari tahun sebelumnya.

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics