Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , , , » TIKET MALAYSIA VS THAILAND PIALA AFF SUZUKI
| 0 comments ]
Share

Mungkin ramai yang tertanya-tanya bila tiket separuh akhir malaysia lawan thailand piala aff suzuki ni nak dijual. Tiket perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2012 antara Malaysia menentang Thailand Ahad ini, akan mula dijual dua hari sebelum perlawanan berlangsung.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataannya berkata tiket tersebut boleh didapati di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dan Stadium Shah Alam pada Jumaat dan Sabtu ini, dari jam 9 pagi hingga 7 malam.


Kaunter tiket di SNBJ akan dibuka pada hari perlawanan mulai 9 pagi sehingga perlawanan bermula, kata kenyataan itu.

Harga tiket perlawanan yang akan berlangsung di SNBJ bermula 8 malam itu, adalah RM40 untuk dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak. Tempat duduk bebas.

Perlawanan separuh akhir kedua antara Malaysia bertemu Thailand akan berlangsung di Stadium Supachalasai, Bangkok pada 13 Disember. 

Meh la g beli tiket ni sementara masih kosong. nanti penuh nyesal lak tengok depan TV .

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics