"Kita akan menggunakan kelebihan beraksi di Kota Bharu untuk menumbangkan Johor Darul Takzim pada perlawanan tersebut. Di sini (Stadium Sultan Muhammad IV) kita menjadi pilihan menewaskan mana-mana pasukan yang datang.
"Sokongan padu puluhan ribu penyokong setia pasti menyuntik semangat pemain untuk memperagakan aksi terbaik pada perlawanan itu seterusnya meraih tiga mata penuh," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.
Dalam pada itu, Bojan mengakui Johor Darul Takzim sebuah pasukan hebat dan dibarisi oleh ramai pemain kebangsaan dan pemain import seperti Daniel Guiza dan Simone Del Nero.
"Kita perlu menyekat mereka terutamanya gandingan Norshahrul dan Guiza kerana mereka ini akan memberi masalah sekiranya dibiarkan bergerak bebas.
"Kita akan memberikan tekanan kepada dua pemain ini. Jika ia berjaya dilakukan mereka pasti berdepan masalah untuk menjaringkan gol pada perlawanan tersebut," katanya.
Dalam pada itu, Hodak berkata, dia akan tetap menyenaraikan penyerang importnya, Keita Mandjou untuk mengetuai barisan serangan meskipun gagal menyerlah dalam dua perlawanan sebelum ini.
Katanya, Keita akan tetap mengetuai jentera serangan dan dia akan terus mengunakan pemain import berkenaan sehingga April ini.
"Saya tetap memberikan sokongan dan berharap dia dapat menjaringkan gol pada perlawanan yang begitu penting malam ini.
"Saya tak boleh guna seperti percaturan sebagaimana yang dilakukan oleh jurulatih Pahang dengan merehatkan dua pemain import kerana kita mempunyai masalah pemain tempatan," ujarnya.-utusan
Good Luck Kelantan dan johor. Tak tahun lagi sape menang. Dua-dua hebat .
0 comments
Post a Comment