Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , , » MOHON TIKET PERCUMA AIR ASIA
| 1 comments ]
Share

Daftar tiket percuma tiket air asia.Sebanyak 10,000 tiket AirAsia pergi dan balik secara percuma antara Semenanjung Malaysia dan Sabah serta Sarawak boleh ditempah bermula Rabu ini bagi penerbangan antara 14 Januari dan 4 Februari. Bagaimanapun, cukai lapangan terbang akan dikenakan, walaupun tambang dan surcaj bahan api dimansuhkan.Kadar bagasi, hidangan dalam pesawat, pilihan tempat duduk dan perkhidmatan tambah nilai yang lain turut tidak termasuk dalam tempat duduk percuma.

Tempat duduk percuma hanya sah bagi penerbangan yang berlepas dari Kota Kinabalu, Kuching, Labuan, Sandakan, Miri, Tawau, Sibu, Bintulu, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.
Dalam satu kenyataan pada Isnin, AirAsia berkata, tawaran itu merupakan sebahagian daripada Program Integrasi 1Malaysia bersama AirAsia yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu lepas.
“Kami mempunyai sejumlah 417 penerbangan setiap minggu antara Semenanjung dan Malaysia Timur, dan 62 penerbangan harian yang berlepas dari Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor Bahru ke lapan destinasi di Sabah dan Sarawak.
“Ini merupakan cara kami untuk menghargai sokongan rakyat, dan ia akan menjadi yang pertama bagi lebih banyak lagi inisiatif daripada AirAsia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Aireen Omar.
Tempat duduk percuma itu tidak ditawarkan untuk penerbangan domestik antara Semenanjung atau antara Malaysia Timur.
Pesawat khas dengan ‘livery’ 1Malaysia telah dilancarkan pada Sabtu lepas bagi memperingati ‘Program Integrasi 1Malaysia bersama AirAsia’.

1 comments

Buatbest said... @ January 8, 2013 at 2:08 PM

elok juga kalau dapat tiket murah2..ada can..haha

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics