Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , , » TELEFILEM XOXO TV9 SLOT SKRIN
| 2 comments ]
Share

Telefilem XoXo tv9 slot Skrin.Tiz dan Remy kembali bergandingan dalam sebuah drama cinta berjudul XoXo arahan Kabir Bhatia.
Bekas pasangan kekasih iaitu pelakon Remy Ishak dan Tiz Zaqyah bakal muncul dalam sebuah telefilem berjudul XoXo arahan pengarah Kabir Bhatia yang akan menemui penonton di TV9 menerusi slot Skrin. Remy dan Tiz yang masing-masing memegang watak sebagai Haziq dan Aleesha digandingkan dalam drama percintaan yang penuh konflik dengan jalan penceritaan menarik.
Selain mereka berdua, XoXo turut menampilkan pelakon seperti Nadiya Nissa, Josiah Hogan dan Afida Es sebagai pendukung utama.
Drama tersebut mengisahkan mengenai hubungan cinta jarak jauh antara Haziq yang berada di London dan masih menuntut manakala Aleesha yang telah dikenali selama dua tahun melalui laman sosial Facebook berada di Malaysia dan bekerja di sebuah syarikat pengiklanan.
Kerana tidak sabar menunggu kepulangan kekasih pujaan hatinya pulang ke Malaysia, Aleesha telah pergike London untuk membuat kejutan sekaligus bertemu Haziq buat pertama kali.
XoXo turut menampilkan pelakon Nadiya Nissa.
Sebaik tiba di London, Aleesha hampir pitam apabila diberitahu oleh rakan serumah Haziq bernama Johan (Josiah Hogan) bahawa Haziq telah pulang ke Malaysia!
Keadaan menjadi rumit apabila dompet serta passport Aleesha tertinggal di dalam teksi yang dinaikinya dan terpaksa menumpang di rumah Johan.
Johan berjanji akan membantu Aleesha walaupun sebenarnya dia mempunyai niat lain untuk mempergunakanAleesha.
Haziq pula menghadapi dilema apabila kepulangannya ke Malaysia hanyalah untuk dijodohkan oleh pilihan neneknya.
Dia bagaimanapun menolak dan menyatakan dia akan membawa Aleesha untuk bertemu dengan neneknya.
Haziq pergi ke rumah Aleesha tanpa mengetahui yang Aleesha sudahpun berada di London sebaliknya hanya menemui Dahnia (Nadiya Nisaa), rakan serumah Aleesha yang berpewatakan pelik.
Sejak itu pertemuan itu telah menimbulkan pelbagai konflik di antara mereka.
Untuk mengetahui apa yang terjadi di antara mereka jangan lupa untuk menyaksikan XoXo pada 30 Januari ini pada pukul 8.30 malam di TV9.-MSTAR

Jom tengok. dah lama tak buka tv9. Tak tahu la sempat tengok atau tak.

2 comments

Anonymous said... @ January 27, 2013 at 8:39 AM

to 1000 yuan Mr Xiang Jiang trying [url=http://www.tonyluxury.com]トリーバーチ ベルト[/url]greater than the studio to sing it with [url=http://www.tonyluxury.com]トリーバーチ フラッツ[/url]today and paint the town red G & Q Building [url=http://www.tonyluxury.com]トリーバーチ キーケース[/url]in bear country how you deal with your food [url=http://www.tonyluxury.com]http://www.tonyluxury.com[/url] Samsung wave M is perfect for domestic as [url=http://www.tonyluxury.com]http://www.tonyluxury.com[/url] Yongping get the opportunity to help you

mira_nas said... @ January 27, 2013 at 2:53 PM

x sempat la tgk tv la ni.. huhu

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics