Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , » YUNA TARIK DIRI DI AJL27
| 1 comments ]
Share

Yuna tarik diri dari menyertai AJL27.Penyanyi, Yunalis Zarai atau Yuna terpaksa menarik diri daripada beraksi pada kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL27) yang akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, Ahad ini.Menurut laporan Harian Metro, pengurus kepada penyanyi itu, Nor Zaina Wardah (Wawa) memberitahu, keputusan muktamad itu dibuat pada saat-saat akhir kerana penyanyi itu terpaksa memberikan komitmen dalam proses rakaman albumnya di Los Angeles, Amerika Syarikat.

"Bukan sengaja Yuna mahu menghampakan peminat. Tetapi dia sekarang ini masih dalam proses rakaman album terbaru.
"Kebetulan sekarang Yuna tidak lagi bernaung di bawah Fader Label dan telah menandatangani kontrak dengan syarikat rakaman utama di Los Angeles, jadi dia terikat dengan komitmen yang bertembung dengan AJL27," katanya.
Tambah Wawa, dia terpaksa merahsiakan dahulu nama syarikat rakaman yang disertai Yuna itu.
Bagaimanapun, Yuna membenarkan lagunya iaitu Terukir Di Bintang dipertandingkan dengan menampilkan penyanyi gantian.
“Buat masa ini kami belum memutuskan siapakah yang menggantikan Yuna kerana senarai nama yang dicadangkan masih dalam peringkat perbincangan dengan pihak TV3.
Apa-apa pun, esok, penyanyi gantian akan dibuat dan dipilih berdasarkan kepada kesesuaian vokal penyanyi.” ujar Wawa lagi.

1 comments

puteri kasih said... @ January 2, 2013 at 10:25 PM

tu antara lagu fav puteri..tapi tak best kalau bukan yuna yang nyanyikan

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics