Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , » KARNIVAL KARANGKRAF 2013
| 0 comments ]
Share

G3
GAMBAR SEKITAR KARNIVAL KARANGKRAF 2013.kehadiran maskot majalah G3, Codet memeriahkan lagi Karnival Karangkraf apabila pengunjung berebut-rebut untuk mengambil foto bersamanya.Hampir 60,000 pengunjung dari pelbagai lapisan umur menyerbu hari pertama Karnival Karangkraf 2013 yang bermula semalam.

Seawal jam 9 pagi, pengunjung sudah mula membanjiri pekarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 bagi mendapatkan pelbagai bahan bacaan dengan potongan harga menarik.

Pengarah Urusan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, kehadiran pengunjung menunjukkan peningkatan berbanding tahun lalu.

“Saya amat bersyukur dengan sambutan yang diterima apabila pengunjung tidak putus-putus datang. Kehadiran pengunjung pada hari pertama mungkin tidak seramai Sabtu dan Ahad, tetapi kita tetap berpuas hati kerana jumlahnya bertambah berbanding tahun lalu.

“Alhamdulillah, cuaca juga baik dan kita harapkan pengunjung akan terus bertambah sehingga hari terakhir karnival pada Ahad ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurut Hussamuddin, karnival yang memasuki edisi kelima tahun ini juga dijangka mencecah 400,000 pengunjung keseluruhannya berbanding 300,000 orang tahun lalu.

“Susulan daripada kejayaan karnival tahun lalu, kita menyasarkan seramai 400,000 pengunjung hadir sepanjang tiga hari karnival berlangsung. Sasaran ini dibuat berdasarkan maklum balas pembaca setia yang mahu karnival diteruskan setiap tahun.

“Kehadiran pengunjung membuktikan minat membaca semakin subur dalam kalangan masyarakat. Ternyata usaha Karangkraf untuk melahirkan masyarakat berilmu mendapat sokongan ramai,” katanya.

Selain menjual bahan bacaan dengan harga runtuh, Karnival Karangkraf 2013 juga menyajikan pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung.

Sebanyak 28 gerai dibuka termasuklah gerai Sinar Harian, majalah, buku dan novel terbitan Alaf21 dan Buku Prima.-SINAR


CS tak pernah lagi pergi karnival macam ni. Nampak macam meriah jek :)

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics