KEPUTUSAN STPM 2012 DIUMUM 18 MAC INI. Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 akan diumumkan Isnin ini.Menurut kenyataan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) semalam, calon
boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai pukul
12 tengah hari, manakala calon persendirian akan memperolehnya melalui
pos.
Calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui khidmat pesanan
ringkas (SMS) dengan menaip STPM, RESULT, jarak, nombor kad pengenalan
dan hantar ke 15888.
Keputusan juga boleh diperoleh dengan melayari laman web MPM di http://www.mpm.edu.my mulai pukul 12 tengah hari.
Satu sidang akhbar mengenai analisis keputusan peperiksaan akan
diadakan pada 12 tengah hari di Dewan Besar MPM, Bandar Baru Selayang,
Batu Caves, Selangor.
Pada tahun 2012, seramai 51,673 calon menduduki STPM di 760 pusat peperiksaan.
Daripada jumlah itu, sebanyak 47,708 merupakan calon sekolah
kerajaan, 1,112 calon sekolah swasta, 2,795 calon persendirian dan 58
calon sekolah kerajaan negeri.
Sementara itu, calon yang menduduki peperiksaan Penggal 1 STPM 2013
boleh menyemak keputusan mereka dengan melayari laman web MPM atau
menghantar SMS pada 21 Mac ini.
Followers
Home »
KEPUTUSAN 2012
,
pendidikan
,
STPM 2012
»
KEPUTUSAN STPM 2012 DIUMUM 18 MAC INI
Share
[13.3.13
|
0
comments
]
0 comments
Post a Comment