Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » » PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU
| 1 comments ]
Share

PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU.Datuk Seri Najib Tun Razak mahu kumpulan penceroboh di Lahad Datu ditumpaskan menerusi apa sahaja tindakan setelah mereka mengakibatkan dua anggota keselamatan terkorban dalam insiden serangan yang dimulakan penceroboh berkenaan pagi tadi.

Untuk itu, Perdana Menteri berkata, Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera telah diberi mandat dan kuasa sepenuhnya untuk mengambil apa sahaja tindakan yang perlu tanpa ada lagi sebarang lanjutan masa kepada kumpulan berkenaan.
"Bila mereka telah mengakibatkan anggota kita terkorban maka kita tak perlu beri apa-apa lagi tempoh masa dan tindakan yang perlu diambil akan diambil ikut kepada keadaan dan situasi yang difikirkan wajar oleh pasukan kita yang telah diberi kuasa sepenuhnya.
"Kumpulan ini mesti ditumpaskan serta mestilah diambil tindakan sepatutnya sama ada mereka menyerah diri ataupun terima apa juga akibat daripada tindakan yang telah dilakukan," tegas beliau pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Parlimen Pekan di sini hari ini.
Menurut Perdana Menteri, berdasarkan maklumat daripada Ketua Polis Negara, insiden yang berlaku itu di luar jangkaan sama sekali sebab kumpulan penceroboh telah mara 1.5 kilometer dari tempat yang mereka berkumpul selama ini dan itu sesuatu yang tak diduga oleh pasukan keselamatan negara.
Katanya, dalam pertempuran secara mengejut itu, polis telah kehilangan dua anggota manakala tiga lagi cedera dan laporan yang diterima, kumpulan penceroboh itu pula kehilangan antara 10 hingga 12 anggota.
"Apa yang berlaku sekarang ini kita telah menambah kekuatan kita dan mereka berada dalam keadaan dikepung sepenuhnya dan anggota tentera laut dan darat ada bot-bot halang mereka daripada lari dari arah laut dan darat pun mereka dikepung.
"Apa akan berlaku selepas ini, tindakan tertentu akan diambil, ini merupakan keputusan yang hanya boleh dibuat oleh pemimpin ground commanders, mereka diberi mandat sepenuhnya," jelasnya.
Dalam pada itu, menurut Najib, beliau sedih dengan kejadian yang berlaku di Lahad Datu kerana apa yang diharapkan iaitu mengelakkan sama sekali sebarang pertumpahan darah sama ada di pihak yang menceroboh dan apatah lagi jika berlaku ke atas anggota pasukan keselamatan.
Ditanya pemberita pihak mana yang memulakan serangan, Najib berkata, kumpulan penceroboh yang mula melepaskan tembakan dahulu.
Katanya, sekarang ini kumpulan berkenaan telah dikepung sepenuhnya.
Berhubung spekulasi mengatakan terdapat pemimpin kumpulan penceroboh yang terbunuh dalam insiden itu, Najib berkata:
"Mayat tu kena kenal pasti dulu, setakat ni kita belum buat pengesahan," katanya.
Ditanya pihak yang mengetuai operasi di Lahad Datu, Perdana Menteri berkata:
"Polis terlibat dalam barisan pertama dan tentera di barisan kedua.
"Tetapi (polis) mereka terdiri daripada pasukan VAT 69 yang cukup berpengalaman," ujarnya. - UTUSAN

Semoga pihak polis dan tentera dapat menjaga keamanan di kawasan tersebut Doakan yang terbaik .


1 comments

mairamanja said... @ March 2, 2013 at 8:35 AM

hrap pasukan keselamatan kita selamat dan pencerobohan ini berakhir..xsanggup rasanya nak hadapi peperangan ni..huh

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics