Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , , » Video Anjing Berwuduk Hina Islam
| 1 comments ]
Share

Ketika isu menghina Islam masih hangat diperkatakan umum, muncul satu lagi klip video yang tersebar di Internet yang dipercayai mempunyai tujuan serupa, sekali gus membangkitkan kemarahan masyarakat Islam negara ini.
Rakaman dengan durasi 1 minit 44 saat itu memaparkan seorang individu meraikan Aidilfitri bersama tiga anjing dengan berlatar belakang takbir raya serta lagu nyanyian Datuk M Nasir, Satu Hari Di Hari Raya.

Dengan tema ‘Raikanlah Aidilfitri Bersama-sama Tanpa Mengira Spesies’, permulaan rakaman itu memaparkan aksi individu itu lengkap memakai baju Melayu bersama anjing peliharaannya.

Seterusnya, anjing terbabit dibasuh dan dilap dengan penuh kasih sayang sebelum dihidangkan dengan kuih raya di atas meja sebelum diakhiri dengan ucapan Aidilfitri.

FotoKLIP video yang memaparkan individu terbabit meraikan Aidilfitri bersama tiga anjing yang tersebar dalam Internet.

Individu itu kemudian membasuh kaki anjing, sebelum dia sendiri membersihkan kaki seolah-olah mengambil wuduk ketika takbir raya berkumandang.


1 comments

CutiMalaysia said... @ August 30, 2013 at 12:50 PM

Islam sekadar Islam...Kita yang bermazhab Shafie perlu sensitif dgn perkara macam ini

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics