Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , , , » 2750 JAWATAN KOSONG JURURAWAT DI SPA
| 2 comments ]
Share

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mempelawa lulusan diploma Sains Kejururawatan daripada institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) mengisi 2,750 kekosongan jawatan Jururawat Gred U29.Pengerusi SPA, Tan Sri Mahmood Adam berkata, kekosongan jawatan itu terbuka kepada calon bukan di bawah tajaan Kementerian Kesihatan.Calon yang berminat boleh mendaftar permohonan masing-masing menggunakan borang dalam talian melalui laman web SPA di www.spa.gov.my dan tarikh tutupnya pada 13 Oktober ini sebelum pukul 11.59 malam.
Bagi permohonan yang memenuhi syarat kelayakan ditetapkan akan dipanggil menghadiri sesi temuduga.Kemudian, SPA akan mengeluarkan surat tawaran lantikan kepada calon yang berjaya manakala penempatannya pula akan dihantar oleh Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Kesihatan.
Calon yang berjaya akan ditempatkan di hospital atau klinik kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan.Jururawat Gred U29 berpeluang untuk dinaikkan pangkat ke gred seterusnya tetapi tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dalam Skim Perkhidmatan Jururawat


Ini maklumat terkini mengenai
kerjaya Jururawat Gred U29.

SPA akan melaksanakan urusan
pengisian 2,750 kekosongan untuk
jawatan ini bagi Kementerian
Kesihatan Malaysia

Permohonan WAJIB dilakukan melalui
borang di laman web SPA sebelum
13 Oktober 2013.

Untuk rujukan khusus kerjaya Jururawat,
boleh terus ke;
 
http://bit.ly/kerjaya_jururawat

Banyak kekosongan ni, rasanya kali
ini jawatan ini untuk anda. Isi borang
di laman web SPA dan buat persediaan
dengan rujukan ini;
http://bit.ly/kerjaya_jururawat
Salam kejayaan dari saya :
cikgusyahir.com

2 comments

JomJalan said... @ October 10, 2013 at 11:28 AM

Ngape banyak sangat position jururawat kosong? Orang Malaysia dah makin ramai yg sakit ke?

Anonymous said... @ October 27, 2013 at 7:40 PM

Saya lulusan Diploma Sains Kejururawatan dari sebuah Kolej Swasta dan kalau dilihat pada syarat kelayakan yang dikehendaki, saya tiada masalah. Tapi, setelah mengisi borang online di SPA8i, ini status permohonan yang saya perolehi. Pelik juga.
Status Urusan :TIDAK MELEPASI SYARAT-SYARAT SEMASA YANG DITETAPKAN OLEH SURUHANJAYA

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics