Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , » SENARAI JALAN YANG DITUTUP SEMPENA PELANCARAN TTM 2014
| 0 comments ]
Share

SENARAI JALAN YANG DITUTUP SEMPENA PELANCARAN TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2014. Beberapa jalan dan laluan ditutup sempena majlis pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2014 di Dataran Merdeka mulai hari ini hingga 5 Januari.Menurut Polis Kuala Lumpur dalam kenyataan akhbar hari ini, Jalan Raja (di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad) dan persimpangan Jalan Tun Perak, Jalan Raja (menghala ke Jalan Raja) akan ditutup selama empat hari mulai hari ini.

Tiga jalan di bandar raya Kuala Lumpur akan ditutup sepenuhnya pada 4 Jan, iaitu Jalan Leboh Pasar Besar (menghala ke Jalan Sultan Hishammuddin), Jalan Gereja dan Jalan Mahkamah Persekutuan (belakang Bangunan Sultan Abdul Samad).
Polis menasihati orang ramai supaya menggunakan jalan-jalan alternatif dan mengelak daripada menggunakan laluan yang terlibat dengan penutupan atau lencongan.
Para pengguna juga diminta menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam untuk ke Dataran Merdeka dan sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas serta arahan pihak polis yang bertugas.
Orang ramai yang tiada urusan penting di pusat bandar dinasihatkan supaya tidak menuju ke lokasi terbabit bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas pada hari-hari berkenaan

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics