Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , , » SULTAN MELAKA DITANGKAP
| 0 comments ]
Share

SULTAN MELAKA DITANGKAP. Lelaki yang mendakwa dirinya sebagai `Sultan Melaka’ Noor Jan Tuah, 56, ditahan polis ketika cuba menaiki feri untuk ke Pulau Besar, pagi tadi bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menganjurkan beberapa majlis penganugerahan pingat, bintang dan darjah kebesaran yang tidak diiktiraf. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka Asisten Komisioner Raja Sharom Raja Abdullah berkata, tangkapan itu dibuat di Jeti Anjung Batu, Serkam, di sini, kira-kira jam 10.50 pagi tadi. Anda boleh lihat gambar sultan melaka di bawah :-



Polis membuat tangkapan selepas menerima beberapa aduan daripada individu dan NGO yang tidak berpuas hati serta gusar atas tuntutan penama Noor Jan Tuah untuk mengiktiraf dirinya sebagai Sultan Melaka.
Penduduk Melaka berasa curiga mengenai kebenaran dakwaan itu terutama selepas penyebaran video di YouTube seolah-olah menghina kerajaan yang sedia wujud di Melaka,Ketika tangkapan dibuat, Noor Jan berada di Jeti Anjung Batu untuk menaiki feri ke Pulau Besar bagi menghadiri satu upacara perayaan dan penyembelihan kambing.

Noor Jan dilaporkan memberi kerjasama ketika tangkapan dibuat dan polis menasihatkan supaya pengikutnya tidak bimbang kerana lelaki itu selamat dan polis hanya melakukan proses siasatan.
Kira-kira 50 pengikut Noor Jan turut serta dalam perjalanan ke Pulau Besar dipercayai untuk menghadiri majlis itu bagaimanapun polis tidak menahan mana-mana pengikut terbabit.

Pada 8 Januari lalu, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron menjelaskan Kerajaan Negeri Melaka menolak tuntutan Raja Noor Jan Shah untuk diiktiraf sebagai 'Sultan Melaka' dan menegaskan kerajaan negeri hanya mengiktiraf pingat, bintang dan darjah kebesaran diberikan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob.

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics