Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , » Terapi Rasional Emotive Tingkah Laku
| 0 comments ]
Share

·





    Pelopor Albert Elis
  • REBT ialah satu terapi yang berbentuk didactic kognitive dan berorientasikan tindakan. Ia menekankan peranan fikiran dan sistem pemikiran sebagai punca masalah peribadi. ( Dia percaya manusia bermasalah dan bersifat negatif kerana dia fikir mengarut dan fikir benda yang tak patut)
Falsafah Asas
  • Manusia cenderung dipengaruhi oleh pemikiran yang salah. (Contoh : Dia fikir kemudian dia terpengaruh dengan apa yang fikirkan. “ Kalau dapat posting kat Sarawak habislah kat sana nanti nampak tengkorak di rumah orang orang Sarawak”). Hal ini akan menyebabkan gangguan emosi dan tingkahlaku berlaku.
  • Pemikiran sangat menentukan perasaan dan tindakan.
  • Terapi ini berorientasikanpemikiran dan tingkahlaku. Ia menekankan peranan berfikir, membuat keputusan, menyoal, bertindak dan kembali membuat keputusan.
  • REBT ialah satu model psiko-pendidikan. Ia menekankan terapi sebagai satu proses pembelajaran mendapatkan kemahiran-kemahiran baru dan cara-cara baru untuk berfikir dan mendapatkan cara-cara yang lebih efektif.
Konsep Utama
  • Masalah-masalah tingkah laku mungkin berpunca daripada zaman kanak-kanak lagi. Akan tetapi masalah-masalah ini berulang kerana pengaruh-pengaruh semasa.
  • Sistem pemikiran individu ialah punca utama kecelaruan.
  • Dialog dalaman mempengaruhi tingkahlaku seseorang
  • Klien menerokai tanggapan yang salah menjadi regid dalam diri.
Matlamat Utama Terapi
  • Untuk mencabar klien untuk melihat pemikiran salah denganbukti-bukti yang dikumpulkan dan dinilaikan olehnya sendiri.
  • Untuk membantu klien melihat dan mengurangkan pemikiran yang regid
  • Untuk sedar pemikiran automatik dan pemikirannya.
Hubungan Teraputik
  • Dalam REBT ahli terapi berfungsi sebagai guru dan klien sebagai pelajar
  • Ahli terapi sangat directive dan mengajar teknik ABC.

Teknik-teknik
  • Ahli Terapi menggunakan pelbagai teknik kognitif, emosi dan tingkah laku. Pelbagai kaedah diubah –suai supaya sesuai dengan keperluan khusus individu.
  • Antara teknik-teknik termasuklah dialog Socratic, mendebatkan pemikiran-pemikiran tak rasional, membuat kerjarumah, mengumpulkan data dsb.
Aplikasi
  • Rawatan
  • kemurungan,
  • Gelisah ,
  • Masalah rumah tangga,
  • pengurusan tekanan,
  • latihan kemahiran,
  • penyalahgunaan dadah,
  • kecelaruan pemakanan,
  • serangan panik,
  • performance anxiety
  • fobia sosial
  1. Pendekatan ini sangat berguna dalam mengubah pemikiran manusia.
  2. Banyak kumpulan selfhelp menggunakan prinsip-prinsip model ini.
  3. Boleh digunakan populasi yang ada masalah khusus.

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics