Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , , , , , , » KES SOSILAWATI - Tempoh reman dilanjut
| 0 comments ]
Share

Tempoh tahanan reman ke atas seorang peguam yang mendakwa dirinya bergelar Datuk, adiknya dan seorang lagi suspek yang disyaki terbabit dalam pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, dilanjutkan sehingga 25 September ini.

Majistret Mohd. Azeli Ibrahim membenarkan lanjutan tahanan reman ke atas ketiga-tiga lelaki yang berumur lingkungan 30 dan 40-an itu yang tamat semalam bagi membolehkan polis menjalankan siasatan terperinci berhubung kes tersebut.

Perintah itu dikeluarkan di Pusat Tahanan Sementara Bukit Jalil di sini, iaitu tempat kesemua suspek terbabit ditahan.

Suspek utama itu dan adiknya yang juga seorang peguam ditahan polis pada 9 September lalu di Banting, manakala enam lagi suspek ditahan pada keesokkan hari iaitu 10 September.

Sementara itu, seorang jurucakap polis mengesahkan, tempoh reman ke atas lima lagi suspek disambung hingga Khamis depan.

Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shamsuddin, 44; pegawai Bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.

Polis pada 13 September lalu mengesahkan empat daripada lapan suspek telah mengaku memukul keempat-empat mangsa sehingga mati, membakar mayat mereka sebelum abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong di Banting, Selangor.

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics