Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , , , » KES SOSILAWATI DIBUNUH SELESAI
| 0 comments ]
Share

Siasatan berhubung kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain di Ladang Gadong, Tanjung Sepat di Selangor kini di peringkat terakhir dan dijangka kes sosilawati dibunuh selesai .

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, pihaknya telah memperoleh bukti yang cukup berdasarkan pengakuan suspek-suspek serta bahan bukti yang ditemui di lokasi kejadian.

“Kertas siasatan mengenai kes pembunuhan Datuk Sosilawati, 47, dan tiga yang lain ini akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk dinilai sebaik sahaja ia selesai pada minggu hadapan.

“Polis juga menyerahkan urusan selanjutnya sama ada kelapan-lapan suspek akan didakwa atau tidak kepada Pejabat Peguam Negara untuk ditentukan,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi di sini hari ini.

Sidang akhbar khas itu diadakan bagi memaklumkan kepada media perkembangan siasatan polis ke atas kes kehilangan jutawan kosmetik itu bersama pembantu peribadinya, Kamaruddin Shamsuddin, 44; peguam Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, dan pegawai Bank CIMB, Noorhisham Mohamad, 38, sejak 30 Ogos lalu.

Kehilangan Sosila dan tiga individu itu bagaimanapun terlerai apabila polis menahan lapan orang suspek termasuk seorang peguam bergelar Datuk yang dipercayai dalang utama pembunuhan kejam keempat-empat mereka.

Susulan pengakuan empat daripada suspek, polis menjalankan operasi mencari bahan-bahan bukti di sekitar beberapa sungai di Ladang Gadong, Tanjung Sepat dipercayai lokasi abu mayat kesemua mangsa dibuang.

Hasil pencarian itu, polis menemui pelbagai bahan bukti termasuk serpihan tulang, tiga jam tangan yang dipakai mangsa, telefon bimbit model ‘BlackBerry’ yang dipercayai milik Sosilawati serta beberapa barangan lain.

Sementara itu Mohd. Bakri memberitahu, tempoh reman lima daripada lapan suspek yang berakhir semalam telah dilanjutkan selama tujuh hari sehingga 23 September depan.

Katanya, tempoh reman tiga lagi suspek yang berakhir hari ini juga akan turut dilanjutkan.

“Kita terpaksa melanjutkan tempoh reman kelapan-lapan suspek bagi meneruskan siasatan yang mungkin dapat menghasilkan petunjuk baru.

“Namun, siasatan itu dijangka berakhir minggu depan dan kita akan serahkan kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara,” kata beliau.

Pada pendapat pembaca sekalian,rasa-rasanya tindakan apa yang dikenakan terhadap pembunuh ni semua? gantung mandatori ka? penjara seumur hidup ka? Kita nantikan keputusan Peguam negara pada minggu depan,bersabar ye? ok. salam

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics