Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » » Permohonan suspek kes sosilawati ditolak
| 0 comments ]
Share

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan semakan yang dikemukakan oleh dua peguam adik-beradik dan seorang suspek terhadap perintah lanjutan tahanan reman mereka yang diperoleh oleh polis berhubung kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.
Peguam mereka Ravi Nekoo dalam satu kenyataan hari ini berkata, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menolak permohonan itu pagi ini tanpa mendengar daripada pihak terbabit.

Katanya, beliau menerima surat menerusi faksimili daripada Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Haslina Basaruddin pada 11.50 pagi tadi dan terkejut cara keputusan itu dibuat dan akan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.


"Kami berpendapat mahkamah seharusnya mendengar permohonan ini kerana ia membabitkan hak orang yang ditahan seperti mana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 325(2) Kanun Prosedur Jenayah,” kata Ravi.
Katanya, walaupun mengikut Seksyen 326, hak untuk didengari bukan sesuatu yang automatik, dalam hal berkaitan orang yang ditahan berprasangka, seksyen itu tidak terpakai.

Semalam, ketiga-tiga suspek memfailkan permohonan di pejabat Pendaftar Jenayah Mahkamah Tinggi supaya disemak semula perintah yang dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 8 Oktober lepas membenarkan tahanan mereka dilanjutkan tujuh hari lagi, yang akan berakhir esok. – Bernama

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics