Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » » Senarai Syarikat guna alat 4G
| 0 comments ]
Share

Kerajaan hanya menawarkan penggunaan alat (AA) dan bukan penggunaan spektrum (SA) kepada sembilan syarikat bagi memberi laluan kepada penggunaan awal evolusi jangka panjang (LTE) atau perkhidmatan mudah alih teknologi 4G, kata Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Khalid Ramli.

Semasa menjelaskan terdapat perbezaaan antara penggunaan alat (AA) dan penggunaan spektrum (SA), beliau berkata, MCMC hanya memperuntukkan AA berdasarkan kepada peruntukan Akta Komunikasi dan Multimedia (CMA) 1998 bagi mereka menggunakan jalur spektrum 2600MHz untuk melancarkan perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar 4G mereka dan pemilikan spektrum masih kekal dengan kerajaan.

"Keputusan memberikannya kepada sembilan syarikat dibuat selepas perundingan dan proses pertimbangan yang panjang lebar dengan pelbagai kumpulan teknikal yang bermula lebih dua tahun lalu. Ia bukan dilakukan sebulan lalu," kata beliau dalam satu temu bual di sini. Hadir sama ialah Pegawai Perancangan dan Pembangunan MCMC Toh Swee Hoe.

Khalid berkata, sembilan syarikat itu yang diperuntukkan berdasarkan kepada pengalaman, kemampuan teknologi dalam menggalakkan inovasi dan kekuatan kewangan mereka, telah diminta mengemukakan pelan perniagaan terperinci pada akhir tahun mengenai bagaimana mereka dapat memenuhi terma dan syarat yang ditawarkan.
AA biasanya diberikan pada dasar tahunan yang boleh diperbaharui dan memberikan hak kepada syarikat untuk menggunakan spektrum untuk menjalankan kemudahan rangkaian seperti 4G pada frekuensi khusus di lokasi yang diluluskan.
Ini memberi kawalan atur kepada MCMC untuk menguruskan dan memastikan penggunaan efisen dan pematuhan oleh syarikat-syarikat untuk keperluan kepada syarat tawaran itu.
4G, yang menawarkan generasi keempat teknologi selular tanpa wayar, merupakan pengganti kepada standard 3G dan 2G. Teknologi 4G boleh memberikan 100 Mbps atau megabit sesaat, yang membolehkan album muzik dimuat turun sepantas lima saat atau sejam siaran TV dalam masa kira-kira 30 saat.
Syarikat yang telah diberikan AA oleh MCMC termasuk syarikat 3G dan WiMAX sedia ada, dan sebuah syarikat baru.
Syarikat itu ialah Celcom Axiata Bhd., Maxis Broadband Sdn. Bhd., DiGi Telecommunications Sdn. Bhd., U-Mobile Sdn. Bhd., Asiaspace Sdn. Bhd., Packet One Networks (M) Sdn. Bhd., RedTone Marketing Sdn. Bhd., YTL Communications Sdn. Bhd. dan Puncak Semangat Sdn. Bhd.
Khalid berkata, MCMC mengambil pendekatan AA memandangkan ia mengadakan kawal atur untuk menguruskan dan memastikan pematuhan pelangan perniagaan dan keperluan pelancaran perkhidmatan.
Syarikat-syarikat ini juga dikehendaki membayar bayaran tahunan kepada MCMC bagi menggunakan AA untuk melancarkan perkhidmatan 4G mereka dan tidak akan menerima geran daripada MCMC atau daripada Dana Peruntukan Perkhidmatan Universal (USP) yang khusus untuk membangunkan kemudahan komunikasi di kawasan luar bandar, katanya.
"Jika mereka mahu mengambil bahagian dalam industri, mereka perlu membayar untuk perkhidmatan rangkaian dilancarkan," katanya.
"Kami mungkin memutuskan mengenai penukaran kemudiannya. Sebelum ini, kami memberikan penggunaan spektrum dan ia pada harga yuran yang lebih tinggi.

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics