Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , , » MALAYSIA VS VIETNAM SEPARUH AKHIR 2 PIALA AFF SUZUKI
| 2 comments ]
Share

MENYENGAT...aksi Safee menjaringkan gol kedua ketika menentang Vietnam, kelmarin.

Ikuti berita sukan terkini dari saya.KEGHAIRAHAN dan sokongan padu penyokong Vietnam di Stadium Nasional MyDinh, Hanoi tidak menggentarkan pemain kebangsaan pada separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki, esok.Pukul berapa tu saya tak pasti lebih kurang pukul 7 la,selepas maghrib.

Laungan keyakinan itu disuarakan kapten pasukan, Mohd Safiq Rahim yang menjelaskan dia dan rakan sepasukan tidak sabar menanti perlawanan itu bagi mengesahkan tiket ke perlawanan akhir.

“Kami sudah bersedia menghadapi situasi itu dan pengalaman ketika menentang Indonesia pada aksi peringkat kumpulan di Stadium Gelora Bung Karno akan membantu kami mengatasinya,” katanya.
Pemain kebangsaan juga mungkin boleh mempelajari cara Filipina mengatasi tekanan penyokong dan berupaya menjinakkan juara bertahan itu dengan keputusan 2-0 semasa aksi peringkat kumpulan walaupun beraksi di hadapan kira-kira 40,000 penyokong Vietnam di stadium itu.

“Apa yang penting kami perlu mengekalkan prestasi dan corak permainan seperti malam kelmarin dan meningkatkan kekuatan mental,” jelasnya yang bertindak cemerlang dengan mencipta dua peluang kepada rakan sepasukan, Safee Sali untuk menjaringkan dua gol negara.

Dia berkata pemain kebangsaan turut perlu bersedia kerana Vietnam akan mengasak habis-habisan bagi melenyapkan kelebihan dua gol itu selain mungkin mendapat kembali khidmat empat pemain utama mereka yang tidak dapat beraksi di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
“Kami perlu bersedia dengan kemungkinan itu dan membaiki kekurangan yang ada namun pada pandangan saya, tahap permainan semua pemain Vietnam sama,” katanya.

Skuad kebangsaan kini selangkah ke perlawanan akhir selepas memiliki kelebihan dua jaringan pada perlawanan pertama itu sekali gus menamatkan penantian sejak kali terakhir layak di pentas akhir pada 1996.

rujukan metro

Pesanan saya, solat la maghrib dulu sebelum tengok bola, bola tu bola jugak, yang wajib jangan tinggal.Salam semua :p


2 comments

mofaizmz said... @ December 18, 2010 at 4:00 PM

ada live ke kat rtm?

Putera Daniel Al Salahuddin said... @ December 18, 2010 at 5:06 PM

Lawati laman web kami juga di www.malayatigerfootball.com
Kami sebagai scouting articel function buat team Malaysia akan terus berjuang membantu memartabatkan bolasepak Malaysia.. Malaysia Boleh.....!!!

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics