Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , » SENARAI BARANGAN TERKAWAL SEMPENA KRISMAS
| 0 comments ]
Share

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan hari ini mengumumkan penetapan harga maksimum borong dan runcit bagi 14 jenis barang di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan sempena Krismas pada 25 Dis.
 
Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata penetapan harga itu akan dikuatkuasakan selama lima hari bermula Khamis depan di 146 kawasan dan daerah di seluruh negara.

"Di bawah skim tersebut, daging paha kambing biri-biri import bertulang diperkenalkan sebagai barang harga terkawal.

"Tujuannya adalah untuk memperkemaskan kawalan mengikut spesifikasi barang yang diimport yang berada di pasaran, agar penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan,” katanya kepada pemberita di sini.
Senarai barang tersebut ialah ayam hidup, ayam standard, ayam super, ayam belanda import, daging lembu tempatan, daging kambing tempatan bertulang, daging kambing biri-biri import bertulang, daging kambing biri-biri import tanpa tulang, daging paha kambing biri-biri import bertulang, telur ayam Gred A, telur ayam Gred B, telur ayam Gred C, tomato dan cili benggala hijau. — Bernama 

rujukan utusan

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics