Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » » SINOPSIS FILEM TRON LEGACY
| 0 comments ]
Share

pix_gal0
Tron: Legacy papar kecanggihan teknologi pembikinan filem terkini

Sinopsis:

Filem ini mengisahkan Sam Fylnn lakonan Garrett Hedlund, anak muda berusia 27 tahun dihambat oleh misteri kehilangan bapanya, Kevin Flynn (Jeff Bridges), iaitu satu-satunya manusia yang dikenali sebagai pencipta permainan video terkenal dunia. Apabila Sam menyiasat lampu isyarat yang dihantar daripada Flynn’s Arcade iaitu kedai permainan video yang ditinggalkan, dia dengan tidak semena-mena dibawa ke satu dunia di mana Kevin terperangkap selama 20 tahun. Bersama-sama Quorra (Olivia Wilde), Sam dan bapanya memulakan perjalanan hidup atau mati menuju ke alam semesta ciptaan Kevin Himself - yang memiliki teknologi lebih canggih seperti kenderaan, senjata dan lanskap yang tidak pernah terjangkau dalam imaginasi manusia biasa.

 
MENONTON filem ini tidak perlu memerlukan kita berfikir mengenai kandungan ceritanya. Namun, apa yang dipersembahkan sudah cukup mengagumkan dan memberikan ceritanya yang tersendiri.

Tidak keterlaluan untuk dikatakan filem Tron: Legacy lebih menjual kesan khas dan kecanggihan pembikinannya. Plot mudah, ringkas dan lurus. Filem ini langsung tidak ada emosi. Tidak ada rasa sedih, marah atau kecewa seolah-olah latar masa yang digambarkan dalam filem ini membayangkan satu zaman yang terlalu asing di mana manusia sudah tidak ada perasaan lagi.
Apatah lagi, dalam filem ini manusia yang wujud bukanlah manusia sebenar, sebaliknya terdiri daripada klon atau droid. Ada tubuh manusia yang dibuat daripada gentian kaca dan keluli. Sebab itulah, dipaparkan tubuh manusia dalam filem ini cepat berderai macam kaca terhempas setiap kali dihentak dengan benda keras.
Skor muzik yang bertenaga daripada Daft Punk turut menjadikan filem ini seperti bergerak dengan cukup bertenaga.

Bagi penonton, pastinya teruja apabila filem ini turut dihasilkan dalam bentuk 3D. Ini membuatkan mereka dapat berasakan seolah-olah hendak dilanggar motosikal yang dipandu oleh Sam Flynn.

Sebagai filem yang ringkas, memang mudah untuk mengenali watak jahat dan baik. Ini kerana watak baik dari awal lagi disarungkan jaket hitam berteknologi tinggi dengan sinaran cahaya warna putih, manakala karektor jahat pula dengan sinaran cahaya jingga atau kuning. Begitu juga dengan kenderaan yang digunakan dalam cerita ini.

Pastinya yang menjadi tarikan utama dalam Tron: Legacy ialah kenderaan yang dikenali sebagai lightcycles, yang direka oleh bekas pereka kereta, Daniel Simon. Memang tak masuk akal apabila motosikal ini dihasilkan daripada sebatang baton atau seumpama pedang dalam sarungnya. Apabila ditarik, maka menjelma sebuah motosikal dengan penunggangnya pula secara automatik sudah dilengkapi dengan sut atau jaket keselamatan dan topi keledar.
Mereka saling berkejaran di atas trek yang seakan-akan dibuat daripada kaca yang sangat licin, luas dan penuh liku serta lorong-lorong yang amat mengelirukan. Elemen ini pastinya menjadi tarikan utama penonton filem Tron: Legacy.

Tron: Legacy yang mula ditayangkan sejak 16 Disember lalu ialah filem fiksyen yang sarat dengan teknologi pembikinannya yang sangat tinggi. Gabungan kesan bunyi yang padu bersama kesan khas, dengan imej tiga dimensi atau 3D, diadun pula dengan teknologi berdefinisi tinggi (HD) menjadikan Tron: Legacy bagaikan filem untuk masa depan.

Idea penghasilan Tron: Legacy diperoleh daripada filem Tron yang diterbitkan oleh Walt Disney Studio pada 1982. Ia dicetuskan penulis dan pengarah, Stesen Lisberger yang kini menjadi penerbitnya. Kira-kira 25 tahun lalu, Tron dianggap sebagai perintis kepada penggunaan grafik komputer, set maya dan penggunaan kesan khas.

Hari ini dengan teknologi yang semakin canggih, apa saja boleh dibuat. Namun, idea untuk menghasilkan Tron: Legacy bermula 10 tahun lalu.

Kata penerbitnya, Sean Bailey, Tron: Legacy secara teknikalnya filem yang berdiri sendiri, membuatkan ia kelihatan bersih dan seronok untuk ditonton.
Pengarahnya, Joseph Kosinski turut menjelaskan proses menyiapkan filem Tron: Legacy menggabungkan teknologi pembikinan paling maju, termasuk kamera serba canggih yang pernah digunakan untuk filem Avatar dan kemudian diadun dengan grafik komputer.

Sebagai pengarah, Joseph berusaha sebaik mungkin untuk menjadikan filem itu seperti satu realiti walaupun ceritanya berkisar dalam alam fiksyen. Untuk menjadikan ia seperti benar-benar wujud, setiap set yang dibina untuk filem ini dibuat daripada kaca, konkrit dan keluli.

Selain Garrett Hedlund, Jeff Bridges dan Olivia Wilde, turut membintangi filem ini ialah Bruce Boxleitner, James Frain, Beau Garret dan Michael Sheen. 


RUJUKAN BERITA HARIAN



0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics