Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » » 5 PEMAIN AFF DARI KEDAH TERIMA GANJARAN
| 0 comments ]
Share

5 PEMAIN AFF DARI KEDAH TERIMA GANJARAN.Kerajaan Kedah hari ini mengumumkan pemberian ganjaran sebanyak RM5,000 seorang kepada lima pemain negeri itu yang mewakili skuad kebangsaan dalam kejohanan Piala Suzuki AFF 2010 baru-baru ini.

Ganjaran turut diberikan kepada seorang penolong jurulatih skuad terbabit.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, pemain yang menerima ganjaran itu ialah pemain sayap Mohd Khyril Muhymeen Zambri, pemain pertahanan Mohd Sabre Mat Abu dan Khairul Helmi Johari serta pemain tengah Mohammad Faizal Abu Bakar dan Amar Rohidan.
Penolong jurulatih yang menerimanya ialah Tan Cheng Hoe yang berasal dari Kedah dan pernah bermain untuk skuad Kedah.

Azizan berkata, kerajaan negeri turut menimbangkan untuk memberi ganjaran tanah yang akan diumumkan kemudian.


"Kita rancang untuk beri tanah di Pokok Sena kerana kawasan itu membangun. Kita akan dapatkan maklumat lanjut dan umumkan nanti," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini.


Malaysia muncul juara Piala Suzuki AFF selepas menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2. - BERNAMA

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics