Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , , , » KEMENANGAN ANA RAFALI TIDAK DIIKTIRAF PENONTON AJL 25 ?
| 0 comments ]
Share

ANA Raffali turut berkongsi kemenangan dengan mentornya, Aidit Alfian.

Betul ke KEMENANGAN ANA RAFALI ANUGERAH JUARA LAGU 25 TIDAK DIIKTIRAF PENONTON AJL 25 ?
MEMANG mengejutkan apabila karya sepenuhnya ciptaan Ana Raffali diumumkan sebagai Juara Lagu edisi ke-25 pada Anugerah Juara Lagu Ke-25 (AJL25) yang berlangsung malam Ahad lalu.

Mana tidaknya. Ramalan ramai pihak nampaknya sudah tersasar jauh daripada apa yang mereka sangkakan.
Sebetulnya, lagu Tolong Ingatkan Aku bukanlah lagu kegemaran ramai pihak untuk dijulang sebagai juara dalam pertandingan lagu yang cukup berprestij itu.
Tanyalah kepada sebahagian besar peminat dan pencinta muzik tempatan yang rata-rata meramalkan lagu ciptaan Audi Mok dan Faizal Tahir, Hanyut mahupun Cinta Sempurna hasil ciptaan Yuna lebih layak diangkat sebagai juara.
Semuanya adalah kerana komposisi kedua-dua lagu yang dilihat memiliki pakej lengkap untuk dinobatkan sebagai yang terbaik.
Namun, sudah menjadi adat AJL sejak dari awal penganjuran pada tahun 1986 , pasti akan timbul pertikaian dan ketidakpuasan dengan keputusan yang telah dipilih sebulat suara oleh juri yang bertauliah.
Masih ingat bagaimana lagu Keliru telah mengelirukan ramai pihak sehingga mampu dijulang sebagai Juara Lagu pada tahun 2002?
Nampaknya kekeliruan itu berlaku sekali lagi tahun ini dengan kemenangan Tolong Ingatkan Aku yang bagaikan tidak direstui dan dirahmati oleh mereka yang hadir pada malam AJL25.
Buktinya? Sebaik sahaja lagu itu diumumkan sebagai juara oleh tiga pengacara AJL25 iaitu Faizal Ismail, Cheryl Samad dan Ally Iskandar, penonton di stadium tidak menunggu lama untuk bersorak ‘boo’ kepada keputusan tersebut.
Malah, belum pun sempat Ana menyampaikan semula lagu kemenangannya di akhir acara, ramai juga yang sudah mengangkat kaki seolah-olah menunjukkan tanda protes dan tidak puas hati.
Namun, siapalah kita untuk mempertikaikan keputusan juri yang ternyata lebih bijak menilai dalam memilih karya terbaik untuk digelar sebagai Juara Lagu Ke-25.
Barisan juri yang dipilih TV3 untuk tahun ini bukannya calang-calang kerana semuanya hebat dalam lapangan masing-masing.
Mereka yang dimaksudkan ialah Habsah Hassan, Acis, Azmeer, Amy Search, Pacai, Andy Flop Poppy dan M. Nasir selaku ketua juri.
Jadi, daripada senarai juri itu sudah cukup membuktikan mereka memang tidak silap dalam membuat keputusan malam Ahad lalu walaupun dipertikaikan ramai pihak.
Bertemu dengan M. Nasir pada sidang akhbar sejurus acara berakhir, seniman tersohor itu memberitahu Tolong Ingatkan Aku memang layak untuk bergelar juara kerana keunikannya.
Malah, kata M. Nasir, barisan juri berdepan dengan cabaran dalam memilih karya yang benar-benar layak kerana 14 buah lagu yang bertanding semuanya hebat-hebat belaka.
“Kalau didengar secara kasar, lagu Tolong Ingatkan Aku memang cukup sedap didengar kerana melodi dan liriknya yang ringkas.
“Dalam erti kata lain, ia adalah bersifat personal apabila karya itu dihasilkan dan lahir dari hati sehingga dapat meninggalkan kesan mendalam.
“Bukan lagu lain tidak bagus, tetapi karya Ana Raffali ini mempunyai rasanya yang tersendiri. Dalam erti kata lain, lagu ini bersifat jujur dan kerana itu ceritanya sampai kepada saya dan juri yang lain.
“Memang juri telah membuat keputusan yang tepat dengan memilih Tolong Ingatkan Aku sebagai juara kerana ketulenan dan kejujuran karya itu sendiri. Itulah juara yang kami cari tahun ini,” katanya memberikan hujah dalam sidang media yang berlangsung dalam atmosfera yang sedikit ‘panas’ itu.’
Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar.
Sambungnya lagi, untuk mencari Juara Lagu tahun ini, pembaharuan amat dititik beratkan dan Tolong Ingatkan Aku memang layak untuk menduduki tangga teratas.
Pembaharuan yang dimaksudkan M. Nasir apabila komposisi lagu tersebut melangkaui ciptaan lagu-lagu lain menerusi gabungan melodi dan liriknya yang dilihat terjalin dengan baik.
Kata M. Nasir, semuanya itu dapat didengar menerusi cakera padat pada sesi pra penjurian sehari sebelum acara berlangsung.
“AJL bukan soal populariti tetapi adalah untuk mencari karya yang terbaik serta memiliki nilai autentik untuk melayakkan lagu itu bergelar juara,” kata M.Nasir.-UTUSAN

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics