Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , » MARSHA BERCINTA DENGAN JEJAKA MELAYU
| 0 comments ]
Share

Marsha pilih lelaki melayu untuk bercinta? percaya atau tidak? UMUM sudah mengetahui bahawa penyanyi yang berasal dari Tamparuli, Sabah itu adalah pemenang tempat keempat rancangan realiti Akademi Fantasia 3 (AF3) pada tahun 2005 yang lalu.

Seangkatan dengan beberapa penyanyi seperti Mawi, Felix dan Amylea dalam rancangan tersebut, Marsha sebenarnya cukup bernasib baik apabila namanya masih lagi menjadi sebutan ramai dan terus kekal dalam industri hiburan tanah air.
Selain kerap menerima undangan menyanyi, dia juga turut dikenali sebagai seorang pelakon dan turut terpilih untuk menjadi duta beberapa produk terkenal.
Bagaimanapun, dunia nyanyian masih lagi tetap menjadi pilihan utama.
Namun, jauh di sudut hatinya ialah di saat-saat menantikan masa yang sesuai untuk menghasilkan sebuah album.
"Setiap orang yang bergelar penyanyi pastinya mengimpikan untuk memiliki album sendiri. Begitu juga dengan saya yang sudah agak lama bertapak dalam industri ini.
"Bayangkan sepanjang lima tahun bergelar seorang penyanyi, saya lebih banyak terbabit dengan penghasilan album berbentuk kompilasi yang menggabungkan saya dengan beberapa penyanyi lain," ujarnya.
Menurut Marsha, pernah sehingga ada suatu ketika dia seperti sudah berputus asa untuk terus menanti. Namun, dia banyak diberikan dorongan dan semangat oleh ahli keluarga dan pengurusnya.
Ujarnya, tahun 2011 cukup bermakna buat dirinya dan kini dia sudah boleh boleh menarik nafas lega dengan kemunculan album terbarunya yang berjudul, Yang Pertama.
"Selama ini memang ramai yang sudah bertanya terutamanya peminat tentang bila saya akan menghasilkan album sendiri. Jadi, dengan kemunculan album ini juga akan menjawab semua persoalan mereka.
"Semenjak tamat AF3 dan bernaung di bawah Maestro, memang impian saya ingin ada album sendiri. Tapi tak sangka hanya lima tahun selepas itu baru impian saya terlaksana," ujarnya ketika ditemui sewaktu majlis pelancaran album tersebut minggu lalu.
Tambah Marsha, dengan kemunculan album berkenaan juga adalah sebagai hadiah kepada para peminatnya yang banyak menyokong kerjayanya dalam industri hiburan selama ini.
Istimewa


BAKAL muncul menerusi filem terbaru lakonannya, Cun menjelang Mac ini.


Yang Pertama merupakan mini album (EP) yang mengandungi lima buah lagu seperti Bila, Ruang Kedua, Janji, Tak Perlu Selamanya dan Bersama Kita. Ia dijangka berada di pasaran pada awal Februari ini.
Memilih tanggal 11 Januari 2011 sebagai tarikh untuk majlis pelancaran album barunya itu, beritahu Marsha, tarikh berkenaan adalah secara kebetulan sahaja dan tiada apa-apa yang istimewa pada hari tersebut.
Sebaliknya, dia menjelaskan apa yang lebih istimewa adalah albumnya itu sendiri. Selain merupakan album komersial sulungnya, setiap lagu yang terkandung dalam album tersebut juga membawa maksudnya yang tersendiri.
"Misalnya lagu Bila, ia adalah lagu pertama gubahan saya sendiri berdasarkan inspirasi dalam hidup saya. Ia begitu istimewa kerana pembikinan lagu ini dipenuhi dengan aura-aura kegembiraan sewaktu proses rakaman.
"Sementara lagu Ruang Kedua pula, ia merupakan projek pertama saya dengan Alibi Music yang turut bertindak memasarkan album saya ini. Ia adalah lagu duet saya bersama penyanyi kelahiran Perancis, Julian Cely," ujarnya.
Akui Marsha, dia sememangnya sangat teruja dan berdebar menanti kemunculan album berkenaan tidak lama lagi di pasaran dan tidak sabar menanti sebarang reaksi daripada para peminatnya.
Sewaktu majlis pelancaran albumnya itu juga, Marsha sempat menghiburkan para tetamu termasuk wartawan dengan menyanyikan tiga buah lagu iaitu Bila, Janji dan Ruang Kedua yang dinyanyikan bersama Zahid AF2.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai projek yang akan dilakukannya selepas ini, Marsha memberitahu dia berhasrat untuk menghasilkan album EP berbahasa Inggeris pula.
Jelasnya, buat masa ini projek berkenaan masih lagi dalam perancangan dan tujuannya untuk menghasilkan album Inggeris adalah sebagai percubaan untuk menembusi pasaran urban.
"Buat masa ini lagu-lagu untuk album Inggeris itu sudah ada dan kini masih lagi dalam proses memilih. Lagipun banyak lagu yang diberikan sehingga saya terpaksa teliti untuk memilih lagu yang sesuai," ujarnya yang akan muncul dalam filem Cun pada bulan Mac ini.

PRODUK Akademi Fantasia. Marsha berduet mendendangkan lagu, Ruang Kedua bersama Zahid.
Kerjasama
Bagi memastikan pengedaran album Yang Pertama berjalan dengan lancar, Marsha melalui syarikatnya, Marsha Londoh Entertainment telah menjalinkan kerjasama dengan Alibi Music Sdn. Bhd.
Jelas Marsha, syarikatnya itu sekadar bertindak sebagai penerbit album tersebut, manakala Alibi Music pula membantu dari segi pengedaran dan promosi.
"Memandangkan syarikat saya masih tiada pengalaman dalam penghasilan album, maka pihak Alibi Music telah bersetuju menjadi pengedar album saya ini di samping sebagai penasihat kepada syarikat saya," ujarnya.
Mengenai syarikat yang ditubuhkannya pada bulan September 2008 itu pula, Marsha menjelaskan hanya dia satu-satunya artis di bawah Marsha Londoh Entertainment dan tidak merancang mencari penyanyi lain untuk menyertai syarikatnya itu buat masa ini.
Tambah Marsha, syarikat itu ditubuhkan adalah untuk menguruskan perjalanan kariernya sebagai seorang artis serta menjaga hal ehwal kewangan dirinya.-KOSMO

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics