Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , , » WANG SILING RM74000 DI LEBUH RAYA
| 1 comments ]
Share

  PEKERJA Propel menyodok duit syiling yang bertaburan  selepas kereta pacuan empat   yang membawanya   terbalik.
Banyak tak duit siling tu? Ada jugak orang yang nak ambil siling.Buat pe la.berat tu kalau banyak.PEKERJA Propel menyodok duit syiling yang bertaburan selepas kereta pacuan empat yang membawanya terbalik.
 
Sebahagian daripada RM74,000 wang syiling bertaburan di tengah lebuh raya selepas sebuah pacuan empat roda yang mengisi wang itu dalam sebuah tong besar terbalik di Kilometer 244 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, sebuah Toyota Hilux dipercayai milik syarikat mengedarkan wang syiling kepada premis perniagaan di Melaka, terbabas sebelum terbalik ke tepi jalan akibat dirempuh sebuah kenderaan lain.
Berikutan itu, sebahagian syiling didakwa mencecah RM74,000 disimpan dalam sebuah tong besar, bertaburan di sekitar kawasan berkenaan, sebelum disedari pengguna jalan raya yang kemudian berhenti mengutip wang itu.
Mereka kebanyakannya penunggang motosikal meletakkan kenderaan mereka di tepi jalan dan mengutip syiling 50 sen, 20 sen dan 10 sen itu dengan memasukkannya ke dalam topi keledar, plastik serta beg yang dibawa.

Keadaan itu menyebabkan polis dan petugas PLUS menutup laluan itu selama lebih 10 minit bagi mengelak mereka dilanggar kenderaan lain, sekali gus menyebabkan kesesakan serius.-BERITA HARIAN

1 comments

apislerr said... @ January 19, 2011 at 7:34 AM

waw...byk nyer, jenuh la diorg nk ngankot

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics