Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , » PINDAAN AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 FEBRUARI
| 0 comments ]
Share

Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang telah diluluskan pindaannya pada penghujung tahun lalu akan mula dikuatkuasakan mulai 1 Feb ini, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.
 
Namun beliau berkata, tidak semua pindaan itu akan dikuatkuasakan serentak,
ini termasuk soal pendaftaran kenderaan elektrik yang masih memerlukan beberapa penelitian teknikal seterusnya.

"Kita masih memproses tentang kelulusan untuk jenis kenderaan dan bagi
menentukan beberapa butiran teknikal seperti bagaimana hendak menukar tenaga elektrik kepada jumlah CC dan jumlah cukainya yang pengguna perlu bayar,"katanya kepada pemberita semasa melawat Pusat Data Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sini hari ini.

Diminta mengulas lanjut mengenai akta terbabit, Ketua Pengarah JPJ Datuk

Solah Mat Hassan berkata akta tersebut yang mengandungi 50 pindaan dan bidang
baru dijangka dikuatkuasakan sepenuhnya hujung Mac nanti.-UTUSAN

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics