Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , » AMAR MOTIVATOR, PENYANYI SILAP MATA
| 0 comments ]
Share

Amar artis serba boleh.

SEKALI pandang tidak ada apa yang menarik pada diri jejaka bernama Arif Muazzim Abdul Rahman atau Amar, 30, selain pandangan sebagai seorang individu yang ringkas dan mudah mesra apabila didekati.Setelah berbual lama dengan Amar barulah rahsia kelebihan dirinya dapat diungkap di sebalik kesederhanaannya itu.
Amar bukanlah sembarangan individu kerana dia mempunyai 'kuasa magik' untuk menghilang atau menghasilkan sesuatu benda yang sekali gus membuat ramai orang terpukau.
Keistimewaan Amar tidak dibantu oleh kuasa jin atau ilmu hitam, sebaliknya semua itu dilakukan melalui ketangkasan tangan dan minda yang dikurniakan Allah SWT.
Sewaktu Amar berkunjung ke studio Utusan baru-baru ini, beliau telah mempamerkan ilmu silap matanya kepada beberapa wartawan Utusan Malaysia.
"Eh! aku dah buka mata luas-luas tadi, tapi macam mana daun terup itu boleh tukar nombor dan warnanya. Mesti Amar buat sesuatu ni."
Itulah rungutan yang kedengaran daripada rakan-rakan apabila mata mereka tidak dapat 'menangkap' ketangkasan tangan Amar menukar daun terup.
Menurut Amar, sesiapa sahaja boleh menjadi ahli silap mata asalkan berminat dan rajin membuat latihan bagi kelancaran persembahan.
"Saya suka silap mata sejak kecil lagi kerana saya seorang yang skeptikal. Saya mesti nak tahu macam mana perkara itu berlaku.
"Saya mula belajar dari buku-buku, tengok ayah dan abang buat silap mata. Lepas itu, tukar-tukar idea dengan orang lain. Semua itu saya catat dalam buku 555 agar tidak lupa cara melakukannya," kata Amar membuka cerita penglibatannya dalam bidang silap mata.
Hasil daripada minat mendalamnya pada bidang silap mata, Amar turut menghasilkan empat buah buku berkaitan silap mata iaitu 55 Silap Mata Mudah, 66 Silap Mata Praktikal, 77 Silap Mata Profesional dan Rahsia Silap Mata Antarabangsa.
Menurutnya, buku berkaitan silap mata dalam bahasa Melayu jarang ditemui dan sebab itulah buku tulisannya sehingga kini masih laris di pasaran.
"Saya suka berkongsi muslihat silap mata dengan orang yang berminat. Tidak perlu takut rahsia kita diketahui orang kerana teknik silap mata itu hanya akan berjaya, jika kita cekap melakukannya.
"Sesekali saya juga akan berkumpul dengan ahli-ahli silap mata tempatan lain yang kebanyakannya dari bangsa asing untuk bertukar-tukar teknik," ceritanya yang pernah melakukan silap mata di dalam masjid.
Kelebihan Amar bermain silap mata juga membuatkan para pelajar yang mengikuti ceramah motivasinya tidak bosan atau hilang tumpuan.
Beliau yang juga pakar motivasi itu turut menghasilkan buku motivasi seperti Anda Mampu MelakukannyaDunia Kartun Motivasi Amar. dan
Pada tahun lalu sahaja, Amar telah melakukan sesi motivasi di 29 buah sekolah di semenanjung dan menyasarkan 35 sekolah pada tahun ini.
"Saya mula menjadi motivator ini sejak 2004. Program motivasi saya untuk sekolah menengah dilakukan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri.
"Tahun ini program itu akan bermula Mac. Mana-mana sekolah yang berminat untuk bekerjasama dengan saya boleh hubungi laman sesawang www. amar.com.my atau talian 013-3561772 begin_of_the_skype_highlighting              013-3561772      end_of_the_skype_highlighting," katanya yang popular dengan lagu Nurul Iman.
Bercerita mengenai kerjayanya sebagai penyanyi nasyid, Amar yang tampil dengan album Kiasan NaluriDiari Rindu (2005) dan Hikayat Cinta (2007) berkata, buat masa sekarang beliau sedang mengumpul bahan. (2003),
Katanya, setelah membuat tinjauan beliau dapati ramai yang mahukan lagu rentak seperti Nurul Iman dan bagi memenuhi pandangan ramai, Amar akan selitkan irama sebegitu dalam album baru yang bakal menemui peminat hujung tahun ini.
"Saya beruntung, walaupun tidak ada album baru masih boleh mendapat pendapatan daripada hasil jualan buku dan kerjaya sebagai peguam.
Kesuraman pasaran album, tidak bermakna kita juga lesu.
"Kita perlu buat sesuatu, contohnya, menulis. Saya bukanlah seorang penulis pada awalnya tapi saya belajar. Semua orang boleh menghasilkan buku asal bersungguh melakukannya," katanya.-utusan

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics