Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , , » BOLA SEPAK SUKAN SEA DI STADIUM GELORA BUNG KARNO
| 0 comments ]
Share

Pertandingan acara bola sepak Sukan SEA, yang pada asalnya dijadual dilangsungkan di Stadium Jakabaring di Palembang, kini akan diadakan di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta.Menurut makluman di laman sesawang Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF), Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI) mengesahkan bahawa gelanggang Palembang tidak dapat disiapkan pada masa ditetapkan menyebabkan pihak penganjur mengubah acara bola sepak ke Jakarta.
"Stadium di Palembang tidak akan siap untuk Sukan SEA, maka pertandingan bola sepak kini akan dilangsungkan sepenuhnya di Jakarta,” kata Timbalan Presiden PSSI yang baru dilantik Farid Rahman.
Berikutan perkembangan terbaru itu, Kejohanan Bola Sepak Bawah 23 tahun AFF, yang akan diadakan sebagai acara pemanas badan sebelum temasya Sukan SEA, telah dijadualkan semula.
Dijadualkan asalnya pada 16 hingga 26 Julai, AFF kini berusaha untuk mengenal pasti tarikh gantian yang sesuai.
Beberapa tarikh telah dicadangkan, sama ada pada akhir September atau pertengahan Oktober, namun wujud beberapa isu seperti kebolehsediaan Stadium Gelora Bung Karno kerana pertandingan bola sepak yang sedang diadakan.
Menurut Farid, kerja-kerja pengubahsuaian pula akan dilakukan di stadium itu dan hanya siap pada akhir Oktober.
Pertandingan bola sepak Sukan SEA dijadual bermula pada 7 November

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics