Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , » KONVOI 254 MOTOSIKAL KEMBARA 1MALAYSIA TIBA DI PERLIS
| 0 comments ]
Share

Konvoi Kembara 1Malaysia yang membabitkan 254 motosikal berkuasa besar tiba di Arau hari ini bagi membawa mesej penghayatan Hari Kebangsaan ke-54 dan Hari Malaysia Ke-48.Ketibaan konvoi yang diketuai Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Kolej Matrikulasi Arau itu disambut oleh Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu dan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Perlis, Abdul Jamil Saad.
Pelepasan konvoi itu ke Pulau Pinang pula dilakukan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di lokasi yang sama pada sebelah petang.
Ketika ditemui pemberita pada majlis sambutan kembara itu, Ahmad Zahid berkata, para peserta kembara itu turut menghadiahkan ternakan lembu kepada kem-kem tentera yang akan disembelih sempena Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi.
Katanya, sejak semalam sebanyak lima ekor lembu telah disumbangkan kepada pihak tentera, manakala syarikat Naza Group menyumbangkan motosikal untuk pasukan keselamatan itu.
Konvoi yang turut disertai artis terkemuka Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, berlepas dari Kuala Lumpur semalam dan akan menamatkan kembara mereka mengelilingi Semenanjung Malaysia di Pulapol, Kuala Lumpur pada 22 September ini. – Bernama

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics